Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan telekomuni­kasi isu lapuk di Telang Usan: Dennis

-

MIRI: Masalah gangguan telekomuni­kasi di Telang Usan merupakan isu sudah lama berlarutan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dennis Ngau.

Jelasnya, banyak aduan dan maklum balas diterima daripada pemimpin masyarakat mengenai masalah perkhidmat­an telefon di rumah panjang mereka.

Antaranya, tiada isyarat walaupun bar penuh, penjana kuasa tidak dapat beroperasi disebabkan bekalan diesel tidak teratur, termasuk gangguan panggilan.

“Masalah ini sudah begitu lama. Justeru, kita menjem- put Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk syarikat penyedia perkhidmat­an bagi menemui sendiri ketua masyarakat untuk meningkat pemahaman mengenai sistem dan proses,” jelas Dennis.

Kelmarin, seramai lebih 60 wakil rumah panjang menghadiri sesi taklimat dan dialog julung kali bersama SKMM diwakili Pengarah Wilayah SKMM Sarawak, Roslan Mohamad dan wakil syarikat telekomuni­kasi Digi, Maxis dan Celcom.

Mereka merupakan pemimpin masyarakat dari rumah panjang dalam Telang Usan yang memiliki perkhidmat­an talian telefon.

Setakat ini, kerajaan pusat telah membelanja­kan sebanyak RM30 juta untuk projek telekomuni­kasi di kawasan kontituens­i itu.

Bagaimanap­un projek melibatkan hanya beberapa buah rumah panjang dari 87 kesemuanya di Telang Usan.

Antara faktor penghalang adalah bentuk muka bumi dan kos tinggi untuk mendirikan menara serta penyelengg­araannya.

Masalah lain ialah akses jalan, sewa tanah dan isu pampasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia