Utusan Borneo (Sarawak)

PRS Bukit Assek adakan mesyuarat tubuh jawatankua­sa baharu 2018/19

-

SIBU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Bukit Assek telah mengadakan Mesyuarat Tahunan Luar Biasa di sini, baru-baru ini untuk menubuh jawatankua­sa baharu bagi sesi 2018-2019.

Mesyuarat itu dirasmi Timbalan Bendahari PRS Edwin Banta juga Setiausaha Politik Ketua Menteri yang dihadiri kira-kira 200 ahli.

PRS Bahagian Bukit Assek mempunyai seramai 530 ahli lama telah berdaftar dan terkini ia mempunyai 900 ahli baharu berdaftar.

Daripada jumlah kesemuanya, bahagian itu mempunyai kira-kira 1,400 orang ahli bagi tempoh 2018-2019 ini.

Pada mesyuarat itu, Douglas Duli Sanggau dipilih sebagai pengerusi manakala timbalanny­a ialah John Siang Maju.

Naib pengerusi yang dipilih ialah Alex Enggi sementara jawatan setiausaha disandang oleh Casper Kayong Umping sambil dibantu oleh Ramli Bacha.

Jawatan bendahari disandang Maluda Tambi dan penolongny­a ialah James Raphael manakala pegawai penerangan adalah David Usup yang dibantu oleh 12 ahli lain.

Bagi jawatankua­sa wanitanya, Eda Manan dilantik sebagai ketuanya manakala timbalanny­a ialah Ensong Ipit.

Naib ketua wanita ialah Teresa Maju dan setiausaha­nya disandang oleh Susana Awat dan penolongny­a Jelumie Dangat.

Stella Mina dan Angela Gikian masing-masing dipilih sebagai bendahari dan penolong bendahari manakala pegawai penerangan­nya ialah Satie Joanis sambil dibantu 12 orang ahlinya.

Bahagian pemuda diketuai oleh Winston Casper dan timbalanny­a ialah Lijang Japar.

Naib pengerusi ialah Jelly Tambi sementara setiausaha­nya ialah Alexander Sabang sambilo dibantu oleh Merive Authy Alex.

Pegawai penerangan­nya ialah Ludan Sato sambil dibantu oleh 12 ahlinya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Edwin berharap PRS Bahagian Bukit Assek ini merekrut lebih banyak lagi ahli di masa akan datang.

Katanya, menubuhkan cawangan parti politik bukannya mudah dan sangat memerlukan komitmen dan sokongan dari semua ahli.

Beliau berharap, tertubuhny­a bahagian parti ini ia akan dapat berkhidmat kepada rakyat seterusnya bekerjasam­a dengan komponen parti lain.

Pada mesyuarat itu, Kayong telah menyerahka­n sebanyak 530 keping borang dari ahli baharu yang mendaftar dengan PRS Bahagian Bukit Assek untuk diserahkan kepada ibupejabat parti di Kuching.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Kayong (dua kanan) menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Edwin di Sibu, baru-baru ini.
AHLI BAHARU: Kayong (dua kanan) menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Edwin di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia