Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedar kepayahan nelayan cari rezeki

Kebajikan nelayan akan terus mendapat perhatian agar dapat bertahan berdepan waktu-waktu sukar

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kerajaan sememangny­a sedar dan faham kepayahan nelayan mencari rezeki bukan sahaja untuk menyara keluarga tetapi juga mendapatka­n bekalan ikan keperluan penduduk.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, kebajikan nelayan akan terus mendapat perhatian kerajaan agar mereka dapat bertahan berdepan waktu-waktu sukar tidak turun ke laut kerana cuaca buruk.

“Kita (Kerajaan) tahu kesusahan nelayan kita menangkap ikan. Anda berdepan gelombang kuat, ditiup angin kencang ketika di laut. Kita prihatin dengan semua ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menemui 390 nelayan dari wilayah tiga (Miri) pada majlis pembayaran elaun sara hidup di Lembaga Kemajuan

Kita (Kerajaan) tahu kesusahan nelayan kita menangkap ikan. Anda berdepan gelombang kuat, ditiup angin kencang ketika di laut. Kita prihatin dengan semua ini. Datuk Ahmad Lai Bujang Ahli Parlimen Sibuti

Ikan Malaysia (LKIM) Miri, pagi semalam.

Ahmad Lai berkata, kerajaan telah berbelanja besar menerusi pelbagai jenis bantuan yang disediakan untuk membantu nelayan kecil di seluruh negara.

Bantuan elaun sara hidup adalah untuk menambah pendapatan nelayan selain boleh digunakan sebagai perbelanja­an menempuh hari-hari sukar tidak turun ke laut.

Untuk Miri, elaun berjum- lah RM1.05 juta diagihkan kepada 390 penerima bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding RM1.3 juta untuk 380 penerima pada 2016.

Daripada jumlah itu, seramai 358 menerima elaun bulanan RM300, 15 menerima RM250, 18 menerima RM200 dan seorang menerima RM150.

Selain sebagai nelayan aktif, Ahmad Lai menasihat penerima elaun untuk mengetahui tarikh tamat tempoh elaun, menghantar permohonan pembaharua­n dua bulan sebelum tamat tempoh dan mengisytih­ar ikan di kaunter pengisytih­aran.

Sekiranya penerima tidak melakukan perkara ini boleh menyebabka­n pemotongan kelayakan elaun oleh LKIM, jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah LKIM Sarawak Nik Rashid Nik Jusoh menasihatk­an penerima agar mem- beri maklumat tepat ketika pembancian nelayan yang dilakukan sekarang.

“Kita mahu nelayan memberi kerjasama kepada pembanci dengan memberi jawapan sebenar ketika ditanya,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Wilayah LKIM Miri Saliah Mudin, Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Miri Malik Bol dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri Kaunselor Jamali Basri.

 ??  ?? BANTU NELAYAN: Ahmad Lai menyampaik­an elaun kepada penerima disaksikan oleh Saliah, Malik, Jamali dan Nik Rashid (lima kiri) pada majlis di Kompleks LKIM, Miri semalam.
BANTU NELAYAN: Ahmad Lai menyampaik­an elaun kepada penerima disaksikan oleh Saliah, Malik, Jamali dan Nik Rashid (lima kiri) pada majlis di Kompleks LKIM, Miri semalam.
 ??  ?? KENANGAN: Roslan, Dennis (duduk enam dan tujuh dari kiri) bergambar bersama peserta dialog bersama SKMM di Hotel Dynasty petang kelmarin.
KENANGAN: Roslan, Dennis (duduk enam dan tujuh dari kiri) bergambar bersama peserta dialog bersama SKMM di Hotel Dynasty petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia