Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut, 10 masih tertimbus

Tanah runtuh di tapak projek rumah mampu milik di Tanjung Bungah

-

GEORGE TOWN: Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus di dalam runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini semalam.

Dua daripada mayat itu ditemui di bahagian luar runtuhan itu dan berjaya dikeluarka­n manakala pihak penyelamat masih berusaha mengeluark­an satu lagi mayat yang telah ditemui. Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Dua mayat warga Indonesia ditemui pada jam 10 pagi,” kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar.

Identiti kesemua mangsa bagaimanap­un belum dipastikan.

Setakat jam 2 petang semalam, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan oleh pasukan penyelamat. Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada jam 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh, kata Saadon.

Dua mayat warga Indonesia ditemui pada jam 10 pagi. Saadon Moktar Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan tiga zon pada keluasan 15 meter persegi dan pihaknya menjangkak­an operasai mencari dan menyelamat akan mengambil masa memandangk­an kesemua mangsa dipercayai tertimbus agak dalam dengan tanah liat dan kemungkina­n berlaku runtuhan lain.

“Kecerunan kawasan tanah runtuh 35 meter dan keadaan itu agak menyukarka­n kerjakerja menggali tanah...ada setengah tempat dianggap tak selamat,” katanya.

Saadon berkata ketika kejadian kesemua mangsa yang tertimbus itu menjalanka­n kerja di bahagian bawah tanah (basement) bangunan yang sedang dibina itu.

“Yang runtuh adalah bahagian basement... mereka baru buat bahagian basement,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata pihak MBPP telah mengeluark­an arahan henti kerja bagi projek itu.

“Kami tunggu laporan daripada jurutera untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya di lokasi kejadian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAYA: Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangk­ap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama BAHAYA: Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangk­ap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dekat George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? OPERASI MENCARI: Anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat yang terperangk­ap dalam kejadian tanah runtuh.
— Gambar Bernama OPERASI MENCARI: Anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat yang terperangk­ap dalam kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia