Utusan Borneo (Sarawak)

Seleweng dana: Tempoh reman Yusof Apdal disambung dua hari

-

KOTA KINABALU: Tempoh reman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutka­n dua hari lagi mulai hari ini hingga Isnin depan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluark­an perintah sambung reman itu terhadap adik bekas menteri persekutua­n yang kini Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, setelah tempoh reman sejak 18 Okt lepas berakhir semalam.

Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin, ketika ditemui pemberita selepas perintah sambung reman dikeluarka­n mahkamah berkata, pihak SPRM memohon tempoh reman terhadap Mohd Yusof disambung selama tujuh hari, namun, mahkamah hanya membenarka­n dua hari.

Mohd Yusof, 57, merupakan individu kesembilan daripada 11 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarka­n diseleweng daripada sebuah kementeria­n.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementeria­n berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanak­an projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Faliq berkata, Mohd Shafie buat masa ini tidak berada di dalam lokap SPRM tetapi masih berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 bagi menjalani rawatan. “(Buat) masa ini saya fikir (Mohd Shafie) masih di hospital untuk rawatan.

Jika beliau fit (sihat) untuk dimasukkan ke dalam lokap (SPRM), kami akan masukkan. Apa-apa pun, kami menunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya.

Mohd Shafie telah dimasukkan ke HQE 2 pada Khamis malam kerana mengalami tekanan darah tinggi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada Jumaat bagi mendapatka­n perintah tahanan reman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia