Utusan Borneo (Sarawak)

Unit K-9 kesan mangsa tanah runtuh

-

GEORGE TOWN: Kerja mencari dan menyelamat (SAR) di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dihentikan seketika bagi memberi peluang kepada Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan mangsa yang masih tertimbus.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye bagaimanap­un berkata tempoh pemberhent­ian SAR tersebut belum dapat ditentukan memandangk­an unit tersebut memerlukan situasi yang senyap agar dapat mengesan sebarang pergerakan.

“Seramai 19 anggota Tiger Platoon Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut ditugaskan bagi mengesan petempatan haram berdekatan terutamany­a di kawasan hutan berdekatan kerana kita khuatir berlaku pergerakan tanah sekali lagi yang membahayak­an keselamata­n mereka,” katanya dalam si- dang akhbar di lokasi kejadian di sini semalam.

Katanya beberapa anggota keluarga mangsa juga sudah mulai tiba di lokasi kejadian bagi membantu pihak berkuasa menjalanka­n proses pengecaman sekiranya ada mayat baru ditemui.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Erwin Galan Teruki berkata pihaknya telah membahagik­an kawasan pencarian kepada tiga sektor untuk memudahkan Unit K9 menjalanka­n operasi.

“Kami telah menempatka­n empat anjing bagi memeriksa setiap sektor dan setakat ini pasukan K9 telah mengesan sesuatu di dua lokasi runtuhan tanah.

“Namun usaha untuk mengeluark­an mangsa sedang giat dijalankan,” katanya.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada jam 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia