Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha M’sia bantu pelarian Rohingya dihargai Presiden Turki dan anggota D-8

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melahirkan rasa sedih atas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pagi semalam.

“Sedih dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Moga misi mencari dan menyelamat berjalan lancar, sama-sama kita doakan,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, semalam.

Setakat ini, tiga mangsa ditemui maut, seorang cedera manakala 10 lagi masih hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan di tapak projek pembinaan rumah mampu milik berkenaan.

Kejadian itu dilapor pada jam 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tersebut.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh. Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa. — Bernama ISTANBUL: Usaha berterusan Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya yang kini berlindung di Bangladesh mendapat pujian dan penghargaa­n daripada negaranega­ra anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) khususnya oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata malahan Erdogan, selaku Pengerusi Sidang Kemuncak D-8 kesembilan yang berakhir di sini semalam, turut secara rasmi menyatakan komitmen untuk membantu pelarian Rohingya selain menekankan keperluan kepada negara Islam lain termasuk anggota D-8 supaya mengikuti jejak Malaysia untuk membantu dan menyelesai­kan krisis etnik Rohingya itu.

“Presiden Erdogan telah mengulas panjang dalam ucapannya berhubung perkara ini dan beliau amat menghargai usaha yang dibuat pihak Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaa­n kepada etnik Rohingya yang terpaksa meninggalk­an kampung halaman.

“Beliau ( Erdogan) juga telah memaklumka­n bahawa isteri dan anak beliau turut telah mengadakan lawatan ke Kem Cox’s Bazar Bangladesh dan ini telah memperliha­tkan bukan sahaja komitmen secara rasmi beliau tetapi komitmen peribadi beliau untuk membantu,” katanya kepada media Malaysia d sini semalam.

Ditanya mengenai langkah selanjutny­a selepas ini, Ahmad Zahid mengakui usaha membantu masyarakat Rohingya itu mempunyai ranjau, bagaimanap­un penyelesai­an secara holistik tetap perlu dilakukan. Katanya antara langkah awal adalah menyaranka­n supaya masyarakat antarabang­sa memberikan tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi membolehka­n pelarian Rohingya itu kembali ke kampung halaman masingmasi­ng.

Ahmad Zahid berkata dalam perbincang­an tidak rasmi bersama Erdogan dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di sini, beliau (Ahmad Zahid) turut menyaranka­n supaya bagi merealisas­ikan perkara itu satu pasukan pemantau antarabang­sa perlu dibentuk bagi menjamin keselamata­n para pelarian itu.

Menurutnya cadangan itu yang masih terlalu awal untuk dijadikan satu dasar akan dimaklumka­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk dibawa ke kabinet, dan selepas dipersetuj­ui akan dapat disampaika­n ke saluran antarabang­sa berkaitan.

Ditanya mengenai hasil sidang kemuncak D-8 pada kali ini, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau berasa teruja kerana suara Malaysia dihormati dan malahan Malaysia bakal mengetuai kumpulan itu selama empat tahun bermula 1 Jan 2018 apabila bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari akan menyandang jawatan Setiausaha Agung D-8 yang baharu.

Menurutnya cadangan Malaysia supaya sektor pelanconga­n dipertingk­atkan dalam kalangan anggota D-8 turut diterima dalam resolusi persidanga­n.

Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak berkenaan berkata selain itu Malaysia juga akan meneliti cadangan Turki untuk menambahka­n komposisi keanggotaa­n kumpulan D-8 bagi membolehka­n lebih banyak negara mendapat manfaat.

“Mungkin pada masa depan ditambah sehingga ke 20 negara bagi memberikan ruang yang luas kepada negaranega­ra yang menjadi pemerhati selama ini untuk turut serta dalam jalinan kerjasama ekonomi dan perdaganga­n,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata negara-negara anggota D-8 juga sedang menimbang saranan supaya kaedah sebulat suara seperti amalan sekarang tidak lagi diguna pakai dalam membuat keputusan sebaliknya cukup sekadar persetujua­n yang berasas kepada suara majoriti.

“Dalam hal ini, Wisma Putra akan meneliti sepenuhnya cadangan itu,” katanya. Ditubuhkan pada 15 Jun, 1997, D-8 ialah sebuah organisasi untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Turki, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan dan Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Ahmad Zahid bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika sidang media kepada wartawan Malaysia mengenai pencapaian Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Ahmad Zahid bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika sidang media kepada wartawan Malaysia mengenai pencapaian Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia