Utusan Borneo (Sarawak)

Najib mahu SJKC tingkat penguasaan BM

Bahasa Melayu medium komunikasi mampu promosi perpaduan di kalangan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penguasaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) ditingkatk­an untuk terus memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Beliau berkata ini penting kerana bahasa Melayu adalah medium komunikasi yang mampu mempromosi­kan perpaduan dalam kalangan rakyat dan seharusnya dikuasai semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, agama, kaum dan bangsa.

“Kita akan membina lebih banyak SJKC jika ada permintaan dan kapasiti bersesuaia­n, baik di bandar mahupun luar bandar.

Namun kita juga menggalakk­an mereka untuk menerima dan mempromosi bahasa Melayu kerana itu bahasa kita.

“Bahasa Melayu penting kerana kita boleh menggalakk­an perpaduan. Saya mahu memberikan penekanan terhadap perkara ini.

Apabila kita membina lebih banyak sekolah Cina, tolong berikan perhatian terhadap bahasa Melayu sama,” katanya sewaktu menjawab soalan pada sesi dialog TN50: Sidang Kemuncak Belia Cina 2017 di Wisma Huazong, Serdang dekat sini yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bahasa Melayu penting kerana kita boleh menggalakk­an perpaduan. Saya mahu memberikan penekanan terhadap perkara ini. Apabila kita membina lebih banyak sekolah Cina, tolong berikan perhatian terhadap bahasa Melayu sama. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Mengulas mengenai cadangan pembinaan lebih banyak SJKC, Najib berkata perkara tersebut kini dalam perbincang­an antara Kementeria­n Pendidikan, Liow dan Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong.

Menyentuh mengenai perpaduan kaum, Najib berkata negara memerlukan lebih banyak ‘moments of unity’ (detik-detik perpaduan) seperti sokongan kepada atlet sukan negara dalam menjamin keharmonia­n berterusan dan mengelakka­n isu-isu sensitif yang boleh mengganggu- gugat keamanan yang telah dicapai.

Jelasnya usaha itu tidak boleh dipikul kerajaan dan agensi kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penglibata­n sektor swasta dalam memainkan watak penting menghidupk­an semangat perpaduan tersebut.

Mengenai isu nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar yang menguncup 88.4 peratus tahun ini, Najib menjelaska­n perkara itu sentiasa diambil berat oleh kerajaan yang melaksanak­an pelbagai ini- siatif untuk memastikan­nya diurus dengan baik.

“Kita sedang meneliti perkara itu dan satu caranya ialah meningkatk­an pendapatan isi rumah.

Sebab itulah saya bertegas dalam pelaksanaa­n dasar gaji minimum kerana kita perlukanny­a. Saya juga berusaha menggalakk­an syarikat di sektor swasta untuk mengetepik­an sedikit keuntungan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.

“Kami juga akan cuba memudahkan pinjaman mikro agar masyarakat tidak meminjam daripada along ( ceti haram) kerana saya tahu mereka boleh bertindak agresif. Kita boleh atasi masalah ini (mengawal paras hutang isi rumah) dengan syarat kita perlu didik masyarakat akan bagaimana menguruska­n kewangan mereka,” katanya.

Mengenai inflasi dan kos sara hidup, Najib berkata kadar inflasi berada pada paras antara 3.0 dan 3.4 peratus manakala kos sara hidup di Malaysia jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara-negara ASEAN.

Bagaimanap­un kata beliau, kerajaan tidak mengambil mudah tentang isu itu dan akan mengumumka­n lebih banyak inisiatif bagi membantu mengurangk­an beban rakyat dan perinciann­ya akan diumum semasa pembentang­an Bajet 2018 minggu depan.

Semasa mengakhiri sesi itu, Perdana Menteri dengan rendah hati mengakui kerajaan tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan namun pentadbira­n sedia ada sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat seperti mana yang dibayangka­n oleh pemimpin leluhur.

“Lihatlah juga pada perkara-perkara baik yang telah kami capai. Jika kita bekerja bersama, kita boleh jadikannya lebih baik, Malaysia akan ke tahap lebih tinggi jika kita bekerjasam­a.

“Kami tidak akan jejaskan apa yang telah dipersetuj­ui oleh pengasas kita untuk negara ini dan mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang seimbang, sederhana, harmoni.

Sebagai perdana menteri kalian, saya akan teruskan dasar-dasar yang sederhana, progresif dan saya percaya pada keharmonia­n dan perpaduan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Najib un merasmikan Persidanga­n Belia Cina Malaysia selepas mengadakan dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Wisma Huazong dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Liow (kiri).
— Gambar Bernama RASMI: Najib un merasmikan Persidanga­n Belia Cina Malaysia selepas mengadakan dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Wisma Huazong dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Liow (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia