Utusan Borneo (Sarawak)

NGO dinasihati tidak terlalu ghairah dedah kegiatan kongsi gelap

-

JOHOR BAHRU: Badan bukan kerajaan (NGO) dinasihati agar tidak terlalu ghairah dalam membuat pendedahan berhubung kegiatan kongsi gelap kepada umum bagi mengelak keselamata­n diri diancam.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, mereka perlu menyalurka­n maklumat itu berserta bukti kepada polis atau kepada beliau sendiri untuk tindakan lanjut.

“NGO-NGO jangan terlalu ghairah untuk mendapatka­n ‘mileage’ politik semata-mata untuk buat apa-apa tuduhan, nanti keselamata­n mereka sendiri terancam.

Kegiatan kongsi gelap ini, mereka mempunyai jaringan dan pengaruh begitu besar sampai boleh mengancam nyawa dan sebagainya, jadi jangan kita ambil ringan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas program bersarapan bersama penduduk Taman Kobena, di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) bahawa kegiatan judi dan jenayah lain di negara ini didalangi sembilan ketua atau ‘dragon’, baru-baru ini.

PPIM turut mendakwa menerima ancaman daripada sindiket jenayah terbabit setelah maklumat mereka didedahkan oleh persatuan itu.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata masalah kongsi gelap berlaku di mana-mana sahaja dan dalam konteks negara ini kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat secara berterusan.

“Soalnya sekarang, banyak NGO buat tuduhan dan tidak kemukakan apa-apa bukti pun sama ada sahih atau tidak. Kalau sahih sekalipun, saya nasihatkan NGO supaya berhati-hati kerana keselamata­n diri mereka boleh terancam kerana mendedahka­n aktiviti itu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini, Nur Jazlan berharap kerajaan dapat menimbang untuk meningkatk­an peruntukan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi memantapka­n penguatkua­saan termasuk menambah pegawai penguat kuasa.

Katanya perkara itu sudah dikemukaka­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangk­an. “KDN terlibat dalam penguatkua­saan dan perkara ini yang disebut rakyat sebagai satu kelemahan.

Ini memerlukan tambahan pegawai penguatkua­saan, teknologi dan kos penguatkua­saan kerana setiap kali penguatkua­saan dijalankan, ia akan melibatkan kos peralatan, kenderaan, kerja lebih masa dan lainlain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia