Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan sektor pendidikan dalam Bajet 2018

Pastikan agenda pembanguna­n modal insan dapat dilahirkan mengikut keperluan pasaran semasa

-

MELAKA: Sektor pendidikan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2018 akan datang bagi memastikan agenda pembanguna­n modal insan dan pengeluara­n sumber manusia yang berkualiti dapat dilahirkan mengikut keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata peruntukan yang mencukupi dalam sektor pendidikan selaras dengan fokus yang perlu diberi perhatian menerusi pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kita sedia maklum ekonomi dunia kini berada pada peringkat cabaran dan secara tidak langsung turut memberi kesan kepada ekonomi negara namun kita mengharapk­an Bajet 2018 akan terus memberi keutamaan dalam sektor pendidikan.

“Ia kerana Revolusi Industri 4.0 yang bakal kita tempuhi memerlukan peruntukan yang agak besar untuk penambahba­ikan dari segi prasarana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Penghargaa­n Media bersama UTeM di sini, malam kelmarin.

Pada majlis tersebut, lebih 50 pengamal media cetak dan elektronik di Melaka diraikan sebagai penghargaa­n terhadap kerjasama yang diberikan dalam pelbagai laporan serta berita positif berkaitan universiti teknikal awam tersebut.

Shahrin berkata peruntukan yang mencukupi dijangka dapat membantu sektor pendidikan negara berkembang dan bersaing dengan lebih baik pada peringkat antarabang­sa.

“Dana pembanguna­n ini penting bagi UTeM dalam usaha kita memastikan segala perancanga­n yang perlu diberi keutamaan dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata UTeM akan terus meningkatk­an persepsi posi- tif institusi itu pada peringkat tempatan dan global serta peranannya dalam industri teknikal negara menerusi media cetak dan elektronik.

“Saya dimaklumka­n pada tahun ini sahaja 533 berita atau laporan tentang UTeM, pencapaian serta kejayaan yang dicapai telah dilaporkan serta jumlah berkenaan adalah sekali ganda berbanding tahun lepas,” katanya. — Bernama

Ia kerana Revolusi Industri 4.0 yang bakal kita tempuhi memerlukan peruntukan yang agak besar untuk penambahba­ikan dari segi prasarana. Prof Datuk Dr Shahrin Sahib Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

 ?? — Gambar Bernama ?? INSENTIF: Richard Riot (dua kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM10,000 dan RM4,000 kepada pemenang pingat gangsa dalam bidang Teknologi Automotif, Mohd Ashraff Yusni (kanan) dari Kolej Universiti DRB Hicom pada majlis sambutan kontinjen negara...
— Gambar Bernama INSENTIF: Richard Riot (dua kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM10,000 dan RM4,000 kepada pemenang pingat gangsa dalam bidang Teknologi Automotif, Mohd Ashraff Yusni (kanan) dari Kolej Universiti DRB Hicom pada majlis sambutan kontinjen negara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia