Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang guna menara tinjau, dron pantau tanah gambut elak kebakaran

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Pahang dan agensi terlibat kini menggunaka­n menara tinjau dan khidmat dron bagi melakukan pemantauan kes kebakaran tanah gambut di sekitar negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Kerajaan Persekutua­n menerusi Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NRE) dan agensi berkaitan telah menyediaka­n kemudahan pencegahan kebakaran tanah gambut ini bagi mengelakka­n pencemaran udara berlaku.

“Saya amat hargai inisiatif pihak NRE ini dan sudah pasti kemudahan ini dapat mengatasi masalah kebakaran di tanah gambut dengan lebih berkesan.

“Selain pembinaan menara tinjau, terdapat juga telaga tiub dan ‘check dam’ dibina di kawasan tertentu yang dikenal pasti berisiko mudah berlaku kebakaran bertujuan untuk membekalka­n air bagi memastikan tanahnya sentiasa basah.

Penggunaan teknologi seperti dron juga perlu diperluask­an bagi memudahkan pemantauan jika kebakaran berlaku,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 peringkat Pahang di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Datuk Mohd Zaili Besar dan turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah JAS Pahang Rosli Zul.

Sementara itu, Rosli pada sidang media berkata ter- dapat 140,830 hektar tanah gambut di seluruh negeri Pahang meliputi daerah Pekan, Rompin dan Kuantan dan JAS dan agensi terlibat sentiasa menjalinka­n kerjasama erat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang untuk mengawasi kawasan hutan gambut yang mudah terbakar.

“Kejadian kebakaran di kawasan tanah gambut ini memang susah untuk dikawal atau dipadamkan kerana ia mudah merebak melalui bahagian bawah permukaan tanah dan sukar dikesan.

“Oleh itu, kepakaran dimiliki JBPM sangat diperlukan dan penting dalam mengawal kebakaran ini yang bukan sahaja boleh mencemarka­n udara, tapi turut membawa risiko kepada kesihatan orang ramai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Zaili (dua kanan) diberi penerangan oleh Rosli (tiga kanan) berkenaan telaga tiub yang diwujudkan menerusi Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut yang dibangunka­n pelbagai agensi kerajaan selepas beliau mewakili Menteri Besar Pahang Datuk...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Zaili (dua kanan) diberi penerangan oleh Rosli (tiga kanan) berkenaan telaga tiub yang diwujudkan menerusi Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut yang dibangunka­n pelbagai agensi kerajaan selepas beliau mewakili Menteri Besar Pahang Datuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia