Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah jadikan BR1M modal berniaga biskut

-

KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang digunakan secara berhemah terbukti mampu mengubah taraf hidup mereka yang berpendapa­tan rendah.

Suri rumah Rafizai Zahruddin, 43, berkata beliau memanfaatk­an BR1M yang diterima dengan melaburkan wang tersebut dalam pengusahaa­n perniagaan biskut cip coklat secara kecilkecil­an.

“Ketika memulakan perniagaan biskut itu, saya bekerja di sebuah kedai kek di ibu kota dan suami merupakan kakitangan awam. Suami telah mencadangk­an kepada saya untuk gunakan wang BR1M yang diterimany­a bagi menambah pendapatan.

“Pada mulanya saya buntu nak berniaga apa sebab suami pesan mudah-mudahan wang itu boleh dikembangk­an untuk keluar daripada kehidupan yang perlu berhutang serta sentiasa perlukan bantuan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setelah berbincang mereka akhirnya nekad ingin memasarkan biskut cip coklat kegemaran tiga anaknya di beberapa kedai kek termasuk di tempat beliau bekerja.

Rafizai berkata beliau amat bersyukur kerana tidak menyangka dalam tempoh hanya tiga bulan perniagaan­nya mendapat sambutan luar biasa.

“Tidak sampai lima bulan saya sudah balik modal. Keistimewa­an biskut resepi keluarga itu ialah menggunaka­n bahan yang ringkas dan tidak mahal serta dijual dalam pek bungkusan bercorak kartun yang digemari kanak-kanak.

“Saya cuma berbelanja lebih (modal) untuk konsep bungkusan biskut itu yang direka oleh suami agar kelihatan unik serta mudah disimpan selepas dibuka kerana bungkusan itu jenis zip kedap udara,” katanya yang memutuskan untuk berhenti kerja dan memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan itu.

Beliau berkata biskut keluaranny­a itu turut mendapat permintaan tinggi dari pasar raya kecil di ibu kota dan beberapa negeri lain selain menanam cita-cita menjadikan produknya lebih eksklusif dalam bentuk cenderahat­i.

Rafizai yang kini memiliki empat pekerja dan beroperasi dari rumahnya di Ampang sedang merancang untuk beralih daripada sistem manual kepada pengoperas­ian menggunaka­n mesin serta berazam untuk membuka kilang biskut suatu hari nanti.

Menurut laporan Program Transforma­si Negara (NTP) 2016 BR1M yang dimulakan sejak 2012 dengan peruntukan RM19.33 bilion telah disalurkan kepada individu dan isi rumah berpendapa­tan rendah.

BR1M direalisas­ikan bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam arus transforma­si negara ke arah mencapai ekonomi yang inklusif, selain menambah baik kehidupan termasuk penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, menurut laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia