Utusan Borneo (Sarawak)

200,000 disasar kunjung pameran madu di Muzium Perak

-

TAIPING: Lebih 200,000 orang disasar mengunjung­i pameran Madu dan Racun di Muzium Perak di sini yang bermula sejak 15 Okt lalu hingga 15 Sept tahun depan.

Pengarahny­a Nor Hanisah Ahmad berkata pihaknya komited jumlah sasaran itu mampu dicapai kerana pameran berkenaan membolehka­n pengunjung melihat kehidupan serta habitat lebah, kelulut dan tebuan.

“Melalui pameran ini kita dapat menguji madu asli dan campuran supaya pengguna tidak tertipu dengan madu tiruan di pasaran yang dijual semata-mata untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Semarak Muzium sempena Pameran Madu dan Racun di Muzium Perak oleh Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Kamaruddin Awang semalam.

Nor Hanisah berkata menerusi pameran itu juga masyarakat akan didedahkan mengenai perbezaan antara sarang lebah, kelulut dan tebuan selain mengenali serangga itu sendiri.

Tambahnya lebah dan ke- lulut mendapat permintaan tinggi kerana khasiat madunya yang menjadi antara pilihan sebagai makanan tambahan kesihatan serta perubatan.

“Namun pada masa sama madu juga boleh menjadi racun jika ia digunakan secara salah. Kita bimbang apabila permintaan tinggi dipasaran, pengguna akan tertipu dengan madu asli, madu campuran dan sintetik,” katanya.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A.Kasim dalam ucapannya berkata Semarak Muzium diadakan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.

“Sebagai usaha berterusan bagi penjenamaa­n dan menguar- uarkan kebaikan madu kepada masyarakat, pihak Muzium Perak telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurk­an program Semarak Muzium.

“Ini bagi memberi peluang kepada pengusaha- pengusaha ternakan lebah dan pengeluar-pengeluar produk berasaskan madu untuk memperkena­lkan seterusnya memasarkan produk-produk yang dihasilkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia