Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho jadi mangsa kejayaanny­a sendiri

-

MANCHESTER: Jose Mourinho berkata dia dinilai oleh piawaian yang berbeza daripada pengurus lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana kejayaan yang dia nikmati sebelum ini tetapi menegaskan kritikan tidak membuat dia marah.

Pengurus Manchester United (MU) itu dikritik umum kerana pendekatan­nya untuk menghasilk­an keputusan seri tanpa jaringan dengan Liverpool di Anfield pada hujung minggu lepas.

Namun kemenangan pada pertengaha­n minggu dalam Liga Juara-Juara di Benfica melebarkan permulaan tanpa kalah MU untuk kempen sekarang kepada 12 perlawanan, 10 daripadany­a kemenangan, dan Mourinho, yang menyaksika­n pasukannya menjaringk­an gol dengan bebas sebelum perlawanan menentang Liverpool, percaya dia telah menjadi mangsa kejayaanny­a sendiri.

“Saya rasa ia adalah kesala- han saya, kerana orang sudah biasa dengan pasukan saya memperoleh­i keputusan baik dan memenangi kejuaraan,” kata Mourinho.

“Orang lain ada lebih banyak masa berbanding saya. Orang lain ada piawaian yang berbeza daripada saya dan itu bukan masalah sama sekali bagi saya.

“Kita akan tewas dalam perlawanan, itu sudah tentu, dan saya dapat bayangkan kami akan menerima lebih banyak lagi kritikan berbanding sekarang.”

Mourinho, yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat kedua dalam carta EPL, dua mata di belakang Manchester City selepas lapan perlawanan, berkata kritikan itu tidak menjadi masalah untuknya.

“Mengenai perlawanan terakhir, bercakap mengenai Liga Juara-Juara, saya ingin tahu – kerana saya tidak tahu – bilakah MU kali terakhir memenangi dua perlawanan berturut- turut di tempat lawan?

“Saya ingin tahu kali terakhir MU memenangi sembilan mata dari tiga perlawanan dalam Liga Juara-Juara? Kami OK sahaja.”

Mourinho mendapati diri tanpa sengaja terbabit dalam perang mulut dengan Antonio Conte pada minggu ini setelah komennya bahawa pengurus tertentu merungut tentang kecederaan kepada pemain penting disampaika­n kepada pengurus Chelsea itu, yang menjawab dengan berang. “Saya tidak

b e r - cakap dengannya. Saya tidak tahu kenapa dia bercakap dengannya. Itu tidak menjadi masalah,” kata Mourinho.

“Mungkin itu bukan kesalahann­ya. Mungkin ia adalah kesalahan wartawan apabila mereka mungkin telah memberi mesej yang salah kepadanya.” — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia