Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp harap Spurs akan saji perlawanan menarik

-

LONDON: Selepas kebuntuan tanpa jaringan pada hujung minggu lepas dalam perlawanan menentang Manchester United ( MU), pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengalu-alukan prospek bagi lawatan ke Wembley pada malam ini (Ahad) untuk menentang Tottenham Hotspur. MU mempamerka­n permainan yang berhatihat­i di Anfield pada Sabtu lalu, untuk membataska­n pasukan Klopp kepada dua peluang yang jelas untuk menjaringk­an gol. Liverpool melepaskan kekecewaan mereka ke atas Maribor dalam Liga Juara- Juara pada perteng a h a n mingg u , dengan menyumbat tujuh gol tanpa balas menentang kelab Slovenia itu, dan Klopp teruja tentang pertemuan dengan Spurs.

“Saya benar-benar menantikan perlawanan ini kerana kita tidak ada banyak perlawanan ini di mana kedua-dua pasukan memburu segalanya,” kata Klopp.

“Ia sentiasa seperti itu menentang (Manchester) City dan menentang Tottenham, ia adalah seperti ini.

Klopp mengalami kekecewaan dalam dua lawatannya sebelum ini ke Wembley.

Namun pengurus dari Jerman itu, yang menyaksika­n pasukannya ketinggala­n sembilan mata di belakang pendahulu City, berkata dia menanti- nantikan peluang untuk kembali ke kawasan kebangsaan England, yang dia gambarkan sebagai ‘tempat bagus’ dan ‘stadium hebat’.

Tottenham sendiri sedang belajar untuk menyukai Wembley selepas permulaan yang sukar bagi penyewaan mereka sepanjang musim di sana.

Selepas tiga perlawanan liga tanpa kemenangan di stadium baharu mereka, mereka akhirnya memecah kebuntuan pada hujung minggu lepas apabila jaringan Christian Eriksen pada minit ke-47 menjamin kemenangan 1-0 ke atas Bournemout­h.

Ia mengekalka­n Spurs di tempat ketiga dalam kedudukan carta lima mata di bawah City, dan galakan selanjutny­a diterima oleh pengurus, Mauricio Pochettino, dalam keputusan seri 1-1 di stadium lawan dengan juara Eropah, Real Madrid, pada pertengaha­n minggu.

Pochettino berkata pasukannya akan mendekati perlawanan pada malam ini dengan cara sama untuk perlawanan di Bernabeu – dengan mengambil kira kekuatan mereka sendiri, tetapi juga sedar tentang ancaman serangan yang ditimbulka­n oleh pembangkan­g.

“Kami tahu mengenai itu, seperti ketika kita bermain menentang Real Madrid atau pasukan jenis ini,” katanya dalam laman sesawang Spurs.

“Kami akan cuba mengekalka­n falsafah kami, tetapi sentiasa dengan beberapa perkara berlainan yang anda mesti tumpukan dan sedari.” — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia