Utusan Borneo (Sarawak)

Kane lebih mengancam dari Lukaku, kata Klopp

-

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp percaya pemain ‘kelas dunia’ Harry Kane menimbulka­n ancaman yang lebih besar kepada pasukannya berbanding pemain Manchester United (MU) Romelu Lukaku pada hujung minggu lepas.

Pengurus The Reds itu berjaya memadamkan ancaman dari Lukaku, penyerang MU, dalam keputusan seri tanpa jaringan di Anfield tetapi tugasan itu dipermudah­kan lagi oleh taktik Jose Mourinho yang berhatihat­i.

Namun Klopp percaya Kane, yang mempunyai 15 gol dalam 15 penampilan untuk kelab dan negara selain 81 gol dalam 102 perlawanan Liga Perdana Inggeris, adalah prospek berlainan.

“Saya tidak perlu menilai dua pemain ini. Kedua-dua mereka adalah penyerang hebat,” katanya kelmarin.

“Perbezaann­ya ialah Harry jauh lebih sebahagian daripada perlawanan apabila dia tidak menjaringk­an gol – tetapi saya agak pasti Lukaku dapat mengambil langkah ini juga.”

Klopp percaya kebangkita­n Kane akan mengemukak­an Tottenham dengan cabaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kerana pemain itu telah dikaitkan dengan kelab seperti juara Eropah, Real Madrid.

Pengurus Liverpool itu, yang mengalami masalah sama pada musim panas apabila Barcelona cuba menandatan­gani pemain tengah Philippe Coutinho, ada kata amaran buat Spurs.

“Ia pasti cabaran besar bagi mereka dalam masa beberapa tahun akan datang kerana Harry bukan sahaja salah seorang penyerang terbaik di Eropah, dia juga salah seorang penyerang terbaik di dunia, 100 pera- tus,” k a t a K l o p p k e p a d a media di padang latihan Liverpool di Melwood. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia