Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger mengecam kenyataan Deeney

Penyerang Watford itu mendakwa pemain Arsenal tidak suka permainan lasak

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menolak andaian daripada penyerang Watford Troy Deeney bahawa pemainnya dapat dibuli dan tidak suka dengan permainan lasak.

Deeney membuat kenyataan itu ekoran kekalahan 1-2 Arsenal di Vicarage Road pada hujung minggu lepas, apabila kemasukann­ya sebagai pemain gantian meresahkan pertahanan Arsenal dan mengubah perlawanan untuk memihak kepada Watford.

Namun Wenger, yang bercakap sebelum lawatan pasukan The Gunners ke Everton pada malam ini (Ahad), menunjuk kepada pingat pemainnya sebagai bukti bagi kualiti dan jati diri mereka.

“Satu-satunya jawapan yang kami perlu berikan adalah di atas padang dan tidak terlalu mendengar apa yang orang sebut,” katanya.

“Jika anda lihat pemain ini dan apa yang mereka sudah capai dalam karier mereka, saya rasa ia bercakap jauh lebih banyak berbanding sebarang ayat di sidang akhbar selepas perlawanan.

“Apabila kita disoal, dalam kerja kita terdapat hanya satu sahaja jawapan dan ia adalah di atas padang.”

Warga Perancis itu turut menepis laporan bahawa pemain tengah Jerman Mezut Ozil mahu menyertai Manchester United pada Januari nanti.

“Kita perlu menangani semua jenis spekulasi apabila pemain berada di hujung kontrak mereka,” katanya.

“Dari sudut lain, untuk menjadi profesiona­l adalah untuk memberi 100 peratus selagi anda berada di suatu tempat. Selainnya, kita keluar banyak kali dan berkata itulah situasinya.

“Media dapat keluar esok dan berkata dia melanjutka­n kontraknya di sini. Ia pasti sama sahaja, ia tidak akan mengubah apaapa. Apabila anda bermain dalam perlawanan seterusnya, berikan komitmen 100 peratus.”

Kedua-dua isu itu, tegasnya, tidak akan menjejaska­n rancangann­ya untuk kunjungan ke Goodison Park, apabila Arsenal dapat meningkatk­an lagi tekanan ke atas pengurus Everton yang tertekan, Ronald Koeman.

“Saya percaya buat masa sekarang, saya hanya fokus sahaja kepada pasukan terbaik bagi perlawanan seterusnya dan tidak ada idea pra-anggap sama ada orang itu akan memberikan komitmen 100 peratus ataupun tidak,” kata Wenger.

Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey dijangka kembali ke dalam barisan kesebelasa­n utama Arsenal.

Sementara itu, Koeman percaya sepenuhnya bahawa pemain yang dia tandatanga­ni dalam jendela perpindaha­n akan mengembali­kan musim pasukannya ke landasan.

Warga Belanda itu mengeluark­an perbelanja­an yang agak besar untuk membawa masuk Jordan Pickford, Michael Keane, Wayne Rooney, Gylfi Sigurdsson, Davy Klaassen dan Sandro Ramirez tetapi Everton mendapati diri menduduki tempat le-16 dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya masih percaya kepada pemain, dan saya masih percaya kepadapemb­elian yang kami buat pada musim panas,” kata K o e - man. “Mungk i n a d a o r a n g yang ada keraguan mengenai sebahagian daripada m e r e k a buat masa s e k a r a n g tetapi masa depan akan memberitah­u semua orang bahawa pembelian yang kami buat adalah benar-benar bagus. — AFP

Satu-satunya jawapan yang kami perlu berikan adalah di atas padang dan tidak terlalu mendengar apa yang orang sebut. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia