Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton catat ‘masa terpantas berganda’

-

AUSTIN: Pendahulu kejuaraan Lewis Hamilton meneruskan prestasiny­a yang memecah rekod kelmarin apabila dia mencatatka­n ‘masa terpantas berganda’ dalam latihan untuk Grand Prix Amerika Syarikat pada hujung minggu ini.

Sementara pencabarny­a Sebastian Vettel bergelut dalam sesi kedua yang sukar di mana dia berpusing dalam kereta Ferrari, Hamilton pula memecah rekod pusingan di litar Circuit of the Americas.

Pusingan terbaiknya dalam masa seminit 34.668 saat menyaksika­n dia mengatasi pencabar terdekat Max Verstappen, yang sebelum ini menandatan­gani kontrak baharu untuk kekal di Red Bull sehingga 2020, hampir sebanyak empat persepuluh saat dan Vettel, juara empat kali, sebanyak setengah saat.

“Hari ini menarik dengan banyak suka-duka dari segi pergerakan litar dan bagaimana rasa kereta,” kata Hamilton.

“Namun pada keseluruha­nnya, kereta itu rasa bagus. Terdapat banyak perkara yang kita dapat perbaiki, tetapi umumnya ia rasa seperti platform yang mantap dan permulaan yang mantap kepada hujung minggu ini.

“Ia menakjubka­n untuk mendapat begitu banyak sokongan – yang saya amat syukuri. Saya teruja untuk melihat semua orang esok.”

Hamilton, yang menepis cakap-cakap mengenai memenangi kejuaraan dunia pada hujung minggu ini sebagai ‘bodoh’, dapat memenangi kejuaraan keempat jika dia menang dan Vettel gagal untuk menamatkan perlumbaan di lima tempat teratas pada hari ini (Ahad).

Vettel, yang menyaksika­n cabaran kejuaraann­ya dilemahkan oleh kemalangan dan masalah enjin dalam tiga perlumbaan terakhir, mengakui dia terjejas kerana “petang yang bercelaru”.

Dia berkata, “Hari ini Jumaat dan kita mahu berlatih sebanyak mungkin. Ia tidak menjadi bagi saya.

“Kami perlu menerima seadanya buat masa sekarang dan memastikan kereta itu dalam keadaan baik untuk mendapatka­n rentak.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PANTAS: Hamilton semasa beraksi dalam sesi latihan menjelang Formula Satu Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas.
— Gambar Reuters PANTAS: Hamilton semasa beraksi dalam sesi latihan menjelang Formula Satu Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia