Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Kejohanan Bola Keranjang Piala Kapitan Dato Lau Sie Lok 11 November

-

KUCHING: Persatuan Foochow Padawan Kuching dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Bahagian Samarahan akan menganjurk­an Kejohanan Bola Keranjang Piala Kapitan Dato Lau Sie Lok pada 11 November depan.

Kejohanan tersebut dijangka berlangsun­g di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Kota Sentosa.

Sehubungan itu, peminat sukan bola keranjang dijem- put untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an tersebut.

Antara objektif penganjura­n adalah menyediaka­n venue kepada para pemain dari Kuching dan Samarahan untuk mempamerka­n kemahiran dalam sukan itu.

Selain itu, kejohanan itu disifatkan sebagai medan untuk mencungkil bakat baharu bola keranjang.

Kejohanan terbahagi kepada beberapa kategori termas- uk Terbuka Lelaki, Lelaki Bawah 20 Tahun dan Lelaki Bawah 15 Tahun.

Bagi kategori Terbuka Lelaki, hanya dua pemain yang pernah mewakili pasukan di peringkat kebangsaan, negeri atau Bawah 20 Tahun dibenarkan termasuk pemain bukan Cina.

Pemain mesti dilahirkan di Sarawak atau menjadi penduduk tetap dan setiap pemain tidak boleh mendaftar untuk bermain dalam dua pasukan.

Tarikh tutup penyertaan penyertaan adalah 4 November ini dan mesyuarat pengurus pasukan dan cabutan undi akan dijalankan pada hari yang sama.

Pasukan yang berminat dinasihatk­an untuk mendaftar awal untuk mengelak sebarang kesulitan, dan untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i Wong menerusi talian 019-8879090 dan Jong (017-8577430).

 ?? — Gambar Bernama ?? GELARAN SULUNG: Sivasangar­i meraikan kejayaan dengan trofi selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2017 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama GELARAN SULUNG: Sivasangar­i meraikan kejayaan dengan trofi selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2017 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia