Utusan Borneo (Sarawak)

Sivasangar­i pecah dominasi Nicol David

-

KUALA LUMPUR: Impian pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangar­i untuk merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia tercapai apabila mudah menewaskan Milnay Louw dari Afrika Selatan pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan pemain remaja itu juga memecah dominasi Datuk Nicol David yang bergelar juara sebanyak lapan kali pada kejohanan berkenaan.

Pada aksi final itu, Sivasangar­i mengekalka­n rentak kemenangan untuk menewaskan Louw dengan straight set 119, 11-3, 11-5 di gelanggang Arena Nicol David.

“Menang pada kejohanan bernilai USD10,000 (RM42,265) di Malaysia itu merupakan kejayaan paling bermakna.

Saya sangat gembira kerana prestasi semakin baik dan perlu konsisten dalam kejohanan lain selepas ini.

“Bulan depan saya akan menghadapi Kejohanan Terbuka Australia yang bernilai USD10,000, harap prestasi saya lebih baik daripada hari ini kerana pemain yang akan beraksi nanti lebih hebat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengenai aksi final hari ini (semalam), Sivasangar­i berkata kemenangan set pertama menambah keyakinann­ya untuk memenangi dua set seterusnya.

“Saya bermain dengan baik hari ini...namun ia bukan per- lawanan yang mudah terutamany­a pada set pertama.

“Strategi saya banyak membuat serangan di bahagian penjuru gelanggang kerana beliau (Louw) berbadan besar dan menyukarka­n beliau bergerak pantas.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANGKAS: Aksi Sivasangar­i (kanan) ketika menentang pencabarny­a Milnay Louw dari Afrika Selatan. Sivasangar­i menang dengan 11-9, 11-3 dan 11-5.
— Gambar Bernama TANGKAS: Aksi Sivasangar­i (kanan) ketika menentang pencabarny­a Milnay Louw dari Afrika Selatan. Sivasangar­i menang dengan 11-9, 11-3 dan 11-5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia