Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan Kejohanan 10 Sebelah Cobra 11 Nov ini

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia memenangi pingat emas dalam acara ragbi pada Sukan SEA Kuala Lumpur diharap mencetus peminat ragbi untuk menyaksika­n Kejohanan 10 Sebelah Cobra.

Presiden Kelab Ragbi Cobra, Tommy Pereira yakin minat baharu bagi sukan itu akan memastikan penonton yang ramai bagi menyaksika­n Kejohanan 10 Sebelah Cobra selama dua hari mulai 11 Nov ini di Stadium MBPJ di Kelana Jaya.

“Memenangi pingat emas Sukan SEA di hadapan penonton yang padat juga di Stadium MBPJ membuat peminat ragbi berbangga dan menarik minat pada sukan yang dirujuk sebagai ‘permainan lelaki sejati’ ini.

“Kejayaan pemain Malaysia yang dilatih Saizul Hafifi Mohd Noor telah meletak nama Malaysia dan menghidupk­an minat peminat tempatan yang mahu menyaksika­n pasukan atas beraksi.

“Pasukan wanita negara yang menggengga­m pingat gangsa pada Sukan SEA KL merupakan satu lagi faktor yang menarik minat golongan muda dalam sukan ini,” katanya.

Beliau berkata tepat pada masanya Malaysia terus membawa aksi ragbi kelas tinggi bagi peminat tempatan dan menjana minat pemain bagi memastikan kejayaan berterusan negara.

Peminat ragbi Malaysia bukan sahaja dapat menyaksika­n aksi kelas tinggi pada kejohanan 10 Sebelah Cobra bulan depan tetapi ia merupakan peluang kepada kalangan peminat ragbi untuk berkumpul semasa permainan golf dan majlis makan malam.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Pengerusi kejohanan Boon Hoon Chee di talian 012-2127000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia