Utusan Borneo (Sarawak)

Filem pendek Malaysia sertai Festival Filem FLY

- Oleh Noor Hammad Wariman

SEBUAH filem pendek berdurasi tujuh minit, ‘Linguistic of Restaurant’, dari Malaysia menyertai Festival Filem FLY yang dirasmikan di Busan barubaru ini.

Ia turut menayangka­n 32 filem termasuk filem cetera.

Ia mengisahka­n proses kehidupan, yang bertemakan kesenian.

Filem arahan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bebbra Mailin ini memaparkan adegan dua sahabat sedang berbual di bahagian luar sebuah restoran, tetapi berlaku pertikaian kecil antara mereka.

Festival tiga hari anjuran Bandaraya Metropolit­an Busan, Suruhanjay­a Perfileman Busan (BFC) dan Busan Asian Film School sempena memperinga­ti ulang tahun ASEAN ke-50 pada tahun ini, yang juga merupakan tahun penting bagi pertukaran budaya antara ASEAN dan Korea Selatan melalui ASEAN-ROK Cultural Exchange.

‘Linguistic of Restaurant’ diterbitka­n Ahmad Muzzamil Abdul Rahman, yang juga bertindak sebagai penulis dan penyunting.

Ketika ditemui Bernama, Muzzamil, yang menghadiri festival filem itu berkata: “Projek FLY adalah satu kejayaan kepada pembuat filem, seperti impian saya. Banyak yang saya pelajari ketika mengikuti latihan dua minggu di Davao, Filipina, iaitu projek FLY pertama yang diadakan pada 2012.”

“Ia adalah saat yang paling mengujakan dalam hidup saya, dapat mengenali ramai pembuat filem muda seperti saya di negara Asia Tenggara,” katanya.

Ahmad Muzzamil berkata pemilihann­ya menyertai Akademi Filem Asian, mungkin kerana FLY, dan sejak itu penghasila­n filemnya, mengalami banyak perubahan.

Pemegang Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik) daripada UiTM, berkata sejak menyertai Festival Filem FLY, kehidupann­ya banyak berubah dan percaya ia telah mempengaru­hi beliau sebagai pembikin filem dan ini antara sebab beliau perlu menghadiri festival itu pada tahun ini.

Majlis pembukaan berlangsun­g di Pusat Media Komuniti Busan dengan tayangan filem ‘My Life With A King’ (diterbitka­n pada 2015), arahan sulung Carlo Enciso Catu, dari Filipina.

Penganjura­n seterusnya FLY 2017 akan diadakan di Yogyakarta, Indonesia dari 20 November hingga 3 Disember.

Seramai 22 pelatih yang terpilih daripada 11 negara meneruskan ke peringkat prasiaran dalam talian di bawah bimbingan seorang pengarah mentor bermula 18 September. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia