Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dominasi calon Anugerah Muzik Amerika

Anugerah Muzik Amerika

-

PENYANYI Bruno Mars, Drake dan Ed Sheeran mendahului pencalonan bagi Anugerah Muzik Amerika, di mana buat pertama kalinya tidak ada wanita yang bertanding untuk hadiah utama.

Dalam gala yang disiarkan menerusi televisyen itu, dijadualka­n pada 19 November di Los Angeles, pemenang ditentukan oleh undian peminat, tidak seperti Anugerah Grammy yang lebih berprestij, yang berdasarka­n undian oleh pemain industri muzik.

Tidak ada wanita yang bertanding untuk Artis Terbaik buat pertama kali sejak kategori itu dikemukaka­n dalam bentuknya sekarang pada 2002.

Penyanyi ‘funk revivalist’ Bruno Mars dan penulis lagu Inggeris, Ed Sheeran, dicalonkan untuk Artis Terbaik serta Video Terbaik untuk hit masingmasi­ng ‘That’s What I Like’ dan ‘Shape of You’.

Calon lain untuk Artis Terbaik termasuk Drake – yang turut bertanding dalam kedua-dua genre pop/rock dan rap – dan penyanyi rap, Kendrick Lamar, selain duo elektronik The Chainsmoke­rs.

- ‘Peluang terlepas’ -

Halsey – bintang berusia 23 tahun yang sedang meningkat naik dan menyanyika­n lagu hit blockbuste­r kumpulan The Chainsmoke­rs, ‘Closer’, lagu yang dicalonkan dalam dua kategori – adalah antara artisartis yang menyuaraka­n kekecewaan dengan kekurangan perwakilan wanita.

“Benar-benar berbesar hati untuk menerima pencalonan @AMA tetapi benar-benar kecewa untuk mendengar nama yang hampir eksklusif lelaki ... satu peluang terlepas,” dia menulis kepada 6.4 juta pengikut Twitternya.

“Begitu ramai artis wanita menakjubka­n telah mengeluark­an lagu pada tahun ini. Harap pertunjuka­n anugerah akan datang memberi kredit yang sewajarnya kepada mereka,” tweet Halsey.

Satu lagi kategori yang dipantau dengan dekat, Artis Baharu Terbaik, hanya mempunyai seorang wanita di kalangan caloncalon, penyanyi pop Julia Michaels. Calon-calon lain adalah anggota kumpulan One Direction yang diminati ramai, Niall Horan, penyanyi British dan seorang lagi bintang peraduan TV, James Arthur, penyanyi rap Post Malone dan duo hip-hop, Rae Sremmurd.

Wanita kerap menjadi Artis Terbaik, dengan Taylor Swift yang menang tiga kali dan Ariana Grande memenangi hadiah itu pada tahun lepas.

Anugerah Muzik Amerika juga mempunyai kategori wanita dan kategori lelaki yang berasingan, dan Lady Gaga, Rihanna dan Alessia Cara bertanding untuk artis wanita pop/rock kegemaran.

Pencalonan itu dibuat di tengah-tengah perhatian yang semakin meningkat kepada ketidaksam­arataan jantina di Amerika Syarikat – menonjol sekali dalam industri hiburan – dan di tengah-tengah dakwaan yang semakin meningkat bahawa mogul Hollywood, Harvey Weinstein, menjadikan wanita muda sebagai mangsanya selama bertahun-tahun. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? CALONUTAMA: Bruno Mars, Drake dan Ed Sheeran mendahului pencalonan bagi Anugerah Muzik Amerika.
CALONUTAMA: Bruno Mars, Drake dan Ed Sheeran mendahului pencalonan bagi Anugerah Muzik Amerika.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia