Utusan Borneo (Sarawak)

‘Berita baik’ bagi industri keusahawan­an negara

Janji PM sempena Bajet 2018 tanda sokongan k’jaan kepada usahawan desa agar terus berkembang

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelmarin menjanjika­n ‘berita baik’ dan menarik untuk sektor keusahawan­an negara ketika pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Tanpa mengulas lanjut mengenai ‘berita baik’ yang akan diumumkan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bakal merancakka­n lagi sektor berkenaan.

Katanya, berita baik itu bukti komitmen kerajaan dalam memberi sokongan kepada industri keusahawan­an negara, khususnya golongan usahawan desa agar terus berkembang sebagai pemain utama di peringkat antara- bangsa.

Perdana menteri berkata, dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) sahaja kerajaan memperuntu­kkan RM1.04 bilion bagi program pembanguna­n keusahawan­an di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM520.1 juta adalah program keusahawan­an di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), manakala bakinya RM521.12 juta dilaksanak­an oleh agensi lain di bawah kementeria­n berkenaan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) anjuran KKLW di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini kelmarin. Turut hadir, Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi dua tahun pertama pelaksanaa­n RMK11 pula, sebanyak RM253.68 juta telah diperuntuk­kan kepada KKLW untuk melaksanak­an program keusahawan­an.

Menurutnya, dalam Bajet 2017, tidak kurang daripada 10 inisiatif telah diperkenal untuk memperkuku­hkan sektor keusahawan­an.

Beliau turut menggesa golongan usahawan supaya peka dengan perubahan landskap ekonomi semasa yang kini menuju gelombang Revolusi Perindustr­ian Keempat yang bersandark­an kepada penggunaan teknologi terkini dan industri berasaskan pengetahua­n.

“Kecanggiha­n teknologi digital sedang dan akan mengubah cara perniagaan dijalankan seperti blok rantaian, mata wang digital, urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang menjadi perkara biasa baharu dalam ekosistem keusahawan­an dan perniagaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus memperkasa golongan usahawan tempatan bagi memastikan mereka dilengkapi dengan ilmu terkini, inovatif serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

Katanya, bagi mencapai agenda tersebut, kerajaan telah memperkena­lkan Zon Perdaganga­n Bebas Digital, iaitu hab ekonomi digital pertama di luar China yang akan dilancarka­n 3 November ini.

“M e n e r u s i i n i s i a t i f Bandaraya Internet Kuala Lumpur yang akan dimajukan di Bandar Malaysia sebagai hab e-dagang yang terhebat di dunia ini, sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana yang layak akan disenaraik­an di platform e-dagang, Alibaba. com, justeru, usahawan desa perlu merebut peluang ini untuk memasuki liga sebagai pemain global,” katanya.

KUD edisi 2017 disertai lebih 700 usahawan dengan jangkaan nilai jualan lebih RM3 juta, nilai tempahan sebanyak RM10.5 juta dengan jangkaan pengunjung lebih sejuta orang.

“Melihat kepada angkaangka ini, KUD diyakini mampu menjadi platform yang berkesan bagi mewujudkan hubungan kerjasama strategik di antara usahawan, pemborong, pemasar, institusi kewangan dan pembiayaan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam pembanguna­n usahawan,” kata Najib.

Karnival dwitahunan dari- pada 19 hingga 22 Oktober itu bertema ‘Usahawan Desa Produk Global’ menawarkan produk usahawan daripada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ICT Kreatif serta perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Karnival itu turut merangkumi aktiviti seperti Hari Dagangan dan Padanan Perniagaan bersama 65 syarikat berpotensi, seminar keusahawan­an, forum usahawan siswa, persembaha­n kebudayaan, demonstras­i produk, masakan dan kraf tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia