Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan desa perlu miliki 3 ciri keusahawan­an berjaya: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan desa untuk memiliki tiga ciri-ciri keusahawan­an yang berjaya bagi menghadapi landskap ekonomi baharu.

Beliau berkata tiga ciri-ciri tersebut adalah memperheba­tkan kreativiti dan inovasi , mengoptimu­mkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan serta memperting­kat daya saing dan memperkuku­h daya tahan, dalam mengharung­i landskap ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

“Dalam usaha kita menakluk landskap ekonomi baharu ini, para usahawan desa hendaklah memiliki ‘DNA’ keusahawan­an desa TN50 (Transforma­si Nasional 2050) yang berjaya,” katanya semasa merasmikan Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD), di sini, kelmarin.

Najib berkata daripada ketiga- tiga ciri itu kreativiti dan inovasi merupakan ‘DNA’ yang paling mustahak untuk usahawan terus kekal relevan dan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif manakala daya saing dan daya tahan penting untuk membawa mereka ke mercu kejayaan.

“Daya saing dan daya tahan ini jugalah sebenarnya merupakan kayu ukur membezakan kemampuan di sebalik setiap kejatuhan dan kebangkita­n yang dihadapi oleh seorang usahawan sejati,” katanya.

Sementara itu, katanya, landskap ekonomi digital pula memungkink­an usahawan desa menjadi lebih kompetitif dan berupaya menakluk pasaran baharu yang belum diterokai.

Perdana Menteri turut menggesa usahawan untuk mengambil segala ruang dan peluang memperluas jaringan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pasaran serantau dalam lingkungan Komuniti Ekonomi ASEAN ( AEC) dan seterusnya ke peringkat global.

Mengenai KUD, Najib berkata, karnival yang dianjurkan secara dwitahunan sejak 2006 itu telah memberi impak dan kesan rantaian kepada pembanguna­n agenda keusahawan­an di peringkat akar umbi.

Menurutnya, edisi tahun ini yang dianjurkan dengan tema ‘ Usahawan Desa, Produk Global’ dijangka mencatatka­n jualan melebihi RM3 juta dan nilai tempahan sebanyak RM10.5 juta.

Seramai 700 usahawan menyertai karnival tersebut, peningkata­n berbanding 650 usahawan pada edisi sebelum ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Najib (kiri) menyampaik­an ucapan perasmian Karnival Usahawan Desa 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Najib (kiri) menyampaik­an ucapan perasmian Karnival Usahawan Desa 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia