Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018: Deloitte Malaysia harap kerajaan kaji semula cukai yang dilaksana di negara ini

-

KUALA LUMPUR: Deloitte Malaysia berharap kerajaan akan mengkaji semula pelbagai jenis cukai yang dilaksana di negara ini dalam Bajet 2018 bagi menggalak pembayaran cukai yang lebih lancar dan cekap.

Rakan Kongsi Cukai Tidak Langsung, Senthuran Elalingam berkata, kerajaan perlu memperluas­kan cukai barang dan perkhidmat­an ( GST) berkadar sifar bagi merangkumi lebih banyak bidang perkhidmat­an eksport bagi meningkatk­an daya tarikan Malaysia kepada pelaburan asing.

“Contohnya ialah pengenaan GST ke atas pembrokera­n untuk pelabur asing yang melabur dalam saham di bursa saham tempatan (Bursa Malaysia).

“Kami juga berharap pengecuali­an itu akan diperluas kepada cukai pelanconga­n, di mana pelancong perniagaan jangka panjang dan warga asing dengan permit kerja dan visa jangka panjang yang lain, seperti pas pemastauti­n dan Program Malaysia Rumah Kedua Ku, dikecualik­an sebagai cara untuk menggalak penghunian di hotel Malaysia,” katanya kepada Bernama mengenai harapan Bajet 2018 syarikat tersebut.

Mengenai perspektif cukai korporat, Ketua Cukai Antarabang­sa syarikat tersebut, Tan Hooi Beng berkata, walaupun kerajaan telah mengurangk­an kadar daripada 24 peratus kepada antara 20 hingga 24 peratus untuk tahun penilaian 2017 dan 2018, formula untuk mengira cukai yang perlu dibayar adalah rumit.

Tan berkata, tidak banyak syarikat menikmati insentif itu kerana keadaan ekonomi yang mencabar serta sekatan sesetengah kumpulan syarikat daripada menikmati insentif cukai tertentu.

“Oleh kerana hasratnya adalah untuk mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan ketika tempoh ini, adalah baik untuk kerajaan mengurangk­an syarat dan menurunkan kadar cukai korporat sedia ada daripada 24 ke 22 peratus.

“Ini akan membolehka­n lebih banyak syarikat menikmati kadar cukai yang lebih rendah dan mengurangk­an kerja pentadbira­n,” kata Tan.

Sementara itu mengenai cukai pendapatan peribadi, Ketua Perkhidmat­an Majikan Globalnya, Ang Weina berharap program pengampuna­n cukai akan menjadi lebih telus yang akan membolehka­n denda kosong peratus, contohnya, untuk pendapatan tidak dilapor RM10,000 dan ke atas dan denda lima peratus untuk pendapatan­tidka dilapor kurang daripada RM10,000 jika borang mereka diserahkan mulai 1 November hingga 31 Disember 2017.

Ang juga menggesa penutupan kes dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah dalam tempoh enam bulan daripada penyerahan.

“Aktiviti audit yang semakin meningkat telah mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pembayar cukai mengenai ketepatan laporan. Penalti yang lebih rendah daripada apa yang ditetapkan dalam rangka kerja audit cukai akan mendorong pendedahan sukarela,” kata Ang.

‘Deloitte’ adalah jenama di mana berpuluh ribu profesiona­l dalam firma bebas di seluruh dunia bekerjasam­a bagi menyediaka­n audit, perundinga­n, khidmat nasihat kewangan, risiko, cukai dan perkhidmat­an berkaitan kepada pelanggan terpilih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia