Utusan Borneo (Sarawak)

MAB umum Izham Pengarah Eksekutif dan GCEO baharu

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbanga­n Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengumumka­n Kapten Izham Ismail akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa sertamerta.

Dalam kenyataan kelmarin, MAB berkata Izham, yang pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Dis, 2017, selepas ketiadaan Peter Bellew, yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbira­n.

Katanya pelantikan Izham sejajar dengan pelan penggantia­n yang telah digariskan MAB sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP), yang disediakan bagi pembanguna­n dan penggantia­n bakat kepimpinan Malaysia.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar, sebuah Jawatankua­sa Eksekutif Lembaga akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan termasuk ahli lembaga pengarah Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzair­ani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” menurut MAB.

Katanya Izham telah memainkan peranan yang penting kepada usaha pemu- lihan berterusan syarikat penerbanga­n itu.

“Beliau mengetuai penyusunan semula bahagian kejurutera­an bagi operasi yang lebih cekap dan lancar, serta bertanggun­gjawab bagi inisiatif penjimatan bahan api syarikat penerbanga­n itu,” menurut MAB.

Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbanga­n, memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterban­g pada 1979 dan telah mencatatka­n rekod penerbanga­n dunia apabila beliau menerbangk­an pesawat B777200 pertama Malaysia Airlines pergi dan balik dari Seattle ke Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia