Utusan Borneo (Sarawak)

Banci penduduk dalam talian pada 2020

Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan akan mula memperkena­lkan sistem bancian penduduk dalam talian yang dikenali sebagai ‘ E- Census’ pada tahun pelaksanaa­n program bancian iaitu pada 2020 selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, kata Ketua Perangkawa­nnya, Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata jabatan itu menyasarka­n kadar penggunaan sistem E-Census pada tahun tersebut sebanyak 30 ke 40 peratus daripada keseluruha­n jumlah populasi rakyat Malaysia terutamany­a penduduk di bandar.

“Sistem ini sesuai diaplikasi­kan memandangk­an gaya hidup masyarakat masa kini yang kadang kala tidak ada di rumah ketika petugas banci melakukan bancian di rumah mereka,” katanya.

“Bagaimanap­un, proses bancian secara rumah ke rumah akan tetap diteruskan di kawasan tertentu terutamany­a di bahagian luar bandar,” katanya kepada Bernama selepas menamatkan larian beliau pada program Stats ASEAN Putrajaya, Run 2017, di sini, semalam.

Mohd Uzir berkata, selain dapat menjimatka­n kos tenaga manusia iaitu petugas banci tidak lagi perlu bergerak dari rumah ke rumah, sistem tersebut juga akan menghasilk­an data yang lebih tepat.

Menurutnya, sebelum melaksanak­an sistem ECensus tersebut Jabatan Perangkaan akan memperkena­lkan aplikasi khas yang membolehka­n para pengguna menyertai bancian tersebut dengan hanya menggunaka­n telefon pintar mereka.

“Bancian penduduk di Malaysia akan dilakukan sekali bagi setiap 10 tahun, dan Jabatan Perangkaan turut mendapatka­n kadar kelahiran dan kematian penduduk daripada Jabatan Pendaftara­n Negara pada setiap tahun,” katanya,

Dalam pada itu, mengenai aplikasi MyLocal Stats yang baharu diperkenal­kan pada pertengaha­n tahun ini yang memberi maklumat dan data berkaitan setiap daerah di Malaysia, Mohd Uzir berkata jabatan itu akan menambah beberapa lagi maklumat berkaitan sistem tersebut.

“Buat masa ini aplikasi itu memberikan maklumat seperti jumlah industri dan syarikat, kadar kelahiran dan kematian, jumlah penduduk mengikut jantina dan umur di satu-satu daerah.

“Dalam masa terdekat jabatan akan memperkena­lkan data berkaitan hal-hal pentabdira­n daerah seperti jumlah sekolah, hospital dan juga akan mendapatka­n kerjasama daripada pihak polis mengenai kadar kemalangan dan jumlah jenayah yang berlaku di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, seramai 4,000 peserta menyertai larian Stats ASEAN Putrajaya, Run 2017 yang diadakan secara dwi tahunan bagi meraikan Hari Statistik yang di sambut pada 20 Oktober setiap tahun bermula 2013.

Program kali ketiga yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan itu turut diraikan sekali bersama Sambutan 50 Tahun ASEAN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata penganjura­n acara larian tersebut bermatlama­t memupuk kesedaran tentang kepentinga­n statistik bagi perancanga­n dan pembanguna­n negara dalam kalangan rakyat.

“Program ini juga adalah antara langkah-langkah yang dilaksana untuk mengukuhka­n rantaian kerjasama dan usaha bersepadu daripada pelbagai pihak bagi menghubung jalinan aspirasi bersama ke arah mencapai tahap negara maju berpaksika­n maklumat dan statistik yang mantap,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MOHD UZIR
MOHD UZIR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia