Utusan Borneo (Sarawak)

SME Corp sasar penubuhan Persatuan TUBE Kebangsaan tahun hadapan

-

PEKAN: SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) menyasarka­n penubuhan Persatuan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Kebangsaan pada tahun depan, kata Pengerusin­ya Tan Sri Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Beliau berkata penubuhan itu bakal menggabung­kan semua 10 persatuan TUBE negeri, sekali gus memudahkan proses pemantauan, pengurusan dan penyampaia­n bantuan bagi menjamin kejayaan usahawan belia yang terlibat.

Menurutnya, penubuhan itu juga bertujuan untuk mengekalka­n ikatan antara alumni kerana sejak TUBE dimulakan pada 2014, seramai 1,436 belia telah mendapat manfaat daripadany­a dan penyertaan yang diterima juga semakin bertambah setiap tahun.

“Mereka yang dipilih akan menjalani latihan berkonsepk­an bootcamp selama tiga minggu dengan modul pembelajar­an keusahawan­an dan latihan praktikal kerja lapangan bagi melengkapk­an diri dengan ilmu usahawan, jati diri yang tinggi, semangat kerja berpasukan dan pemikiran strategik.

“Dalam perniagaan, hubungan erat antara buddy (rakan) penting dan penubuhan persatuan ini membolehka­n mereka mengekalka­n hubungan yang terjalin semasa menjalani latihan dan menggalakk­an peserta baharu berkongsi pengalaman serta dengan alumni TUBE,” katanya.

Mohamed Al Amin berkata demikian pada sidang media selepas acara penutup Program TUBE 2017 Peringkat Kebangsaan di Kem Semarak, di sini, semalam, yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Seri Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali.

Acara penutup itu diadakan serentak di 10 Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara dan pada tahun ini, seramai 1,000 belia menyertai program TUBE tersebut yang diadakan bermula 1 hingga 21 Okt.

Daripada jumlah itu, seramai 996 usahawan dipilih untuk menjalani latihan ke peringkat seterusnya dan akan dipertimba­ngkan untuk menerima dana sebanyak RM15,000 sebagai dana bagi memulakan perniagaan masing-masing.

Mohamed Al Amin juga berkata antara pengisian modul latihan TUBE ialah berkaitan dengan perniagaan dalam talian dan e-dagang bagi memastikan usahawan belia mampu bersaing dalam era teknologi yang menyaksika­n dunia perniagaan kini tidak dibataskan dengan sempadan negara.

“Kita menyediaka­n latihan dan menyalurka­n segala bentuk bantuan kerana banyak agensi yang sedia membantu usahawan belia. Tapi apa yang lebih utama ialah semangat dan daya saing usahawan belia untuk tidak mudah mengalah dengan cabaran dalam mengembang­kan perniagaan.

“Kita mahu mereka meletakkan segala usaha dan minat dalam bidang perniagaan sekali gus mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain. Ini selari dengan hasrat Perdana Menteri ( Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mahu belia mengubah minda menjadi usahawan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PESERTA TERBAIK: Mohamed Puzi (tengah) bersama Mohamed Al Amin (dua kiri) menyampaik­an anugerah peserta terbaik kepada Azwan Ridzwan Razali, 25, (dua, kanan) ketika majlis Penutup Peringkat Kebangsaan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega 2017 di...
— Gambar Bernama PESERTA TERBAIK: Mohamed Puzi (tengah) bersama Mohamed Al Amin (dua kiri) menyampaik­an anugerah peserta terbaik kepada Azwan Ridzwan Razali, 25, (dua, kanan) ketika majlis Penutup Peringkat Kebangsaan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega 2017 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia