Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian Universiti Singapura beri perspektif berbeza isu halangan bukan tarif di ASEAN

-

SINGAPURA: Satu kajian oleh Singapore Management University (SMU) yang dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan, bakal memberi perspektif berbeza mengenai aspek halangan bukan tarif dalam kalangan 10 negara- negara anggota ASEAN, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, tiga orang profesor SMU kini giat menjalanka­n kajian itu yang hasilnya dilihat amat penting bagi negara anggota gagasan tersebut.

“Isu ini merupakan satu tumpuan dalam ASEAN namun tidak banyak kajian yang dijalankan. Oleh itu, SMU antara lainnya akan meneliti aspek seperti tanah dan halangan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke republik ini, baru-baru ini.

SMU merupakan sebuah universiti autonomi di Singapura yang khusus kepada pengajian perniagaan dan pengurusan.

Mengulas selanjutny­a, Mustapa berkata SMU turut membentang­kan kepada be- liau mengenai laporan dalaman kajian tersebut.

“Banyak lagi halangan dagangan bukan tarif termasuk terhadap PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana),” katanya.

Sambil menyifatka­n kajian itu sebagai mustahak, Mustapa turut berterima kasih kepada SMU kerana usaha itu kelak memberi input kepada kalangan Menter- Menteri Perdaganga­n mengenai kaedah mengurangk­an halangan dagangan di kalangan negara anggota ASEAN.

“Masih sukar untuk (menjalanka­n aktiviti) mengeskpor­t sesama negara anggota berikutan ketidakser­agaman dari sudut undang-undang dan bahasa. (Kajian) SMU itu sedang meneliti aspek penyelesai­an berkaitan,” katanya.

Secara amnya, halangan bukan tarif merujuk kepada aspek perdaganga­n meliputi sekatan selain tarif seperti aspek kuota, embargo, levi dan lainnya.

Kajian oleh Institut Penyelidik­an Ekonomi Bagi ASEAN dan Asia Timur menunjukka­n bilangan pendekatan halangan bukan tarif ini telah meningkat kepada 5,975 pada 2015 berbanding sebanyak 1,634 pada 2000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia