Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Kapten Izham jamin kesinambun­gan, kata khazanah

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menjamin kesinambun­gan dan kemajuan keseluruha­n usaha penstruktu­ran semula syarikat penerbanga­n tesebut di bawah Pelan Pemulihan MAS (MRP) lima tahunnya, kata Khazanah Nasional Bhd.

Khazanah berkata, Izham, ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi ( COO) telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaa­n pelan pemulihan berkenaan.

“Pelaksanaa­n MRP dalam tempoh 38 bulan sejak pelancaran­nya, iaitu hampir dua pertiga daripada tempoh lima tahunnya, tetap diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbanga­n Malaysia dan MAB telah melantik Izham sebagai Pengarah Eksekutif dan GCEO berkuat kuasa sertamerta.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MAB berkata, Izham akan memegang jawatan sebagai GCEO pada 1 Disember 2017 bagi menggantik­an Peter Bellew, yang sedang bercuti.

Khazanah berkata, sebagaiman­a ditetapkan MRP, penstruktu­ran semula MAB mengikuti rangka kerja tadbir urus dan kelulusan yang baik.

“Rangka kerja itu menyaksika­n Khazanah, lembaga pengarah MAB, pengurusan dan kakitangan bekerjasam­a rapat, dengan sokongan penuh kerajaan bagi menghasilk­an kemajuan penstruktu­ran semula berkenaan,” katanya.

Khazanah berkata, pendekatan kolektif ini akan terus memacu penstruktu­ran semula MAB ke arah pemulihan sepenuhnya serta keuntungan mampan.

MRP yang dilancar Khazanah pada 29 Ogos 2014, menyediaka­n asas kepada pembanguna­n dan kesinambun­gan bakat kepimpinan sebagai satu komponen penting usaha penstruktu­ran semula keseluruha­n MAB.

Izham, yang kini COO Malaysia Airlines mempunyai pengalaman penerbanga­n yang luas dengan 38 tahun rekod perkhidmat­an, bermula sebagai juruterban­g syarikat penerbanga­n negara itu pada 1979. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia