Utusan Borneo (Sarawak)

Jimisar Autotrade lancar Mitsubishi Outlander SUV 2.0L

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank- bank Dalam Malaysia (ABM) menyangkal dakwaan bahawa 60 peratus permohonan pinjaman kenderaan telah ditolak oleh bank walaupun jumlah tempahan kenderaan semakin meningkat seperti dilaporkan sebuah penerbitan tempatan baru-baru ini.

Sebaliknya, ABM berkata, berdasarka­n maklum balas daripada lapan bank komersial yang menawarkan pembiayaan sewa beli, kadar kelulusan dari Januari hingga September 2017 kekal kukuh pada 68 peratus, angka yang sama pada 2016.

“Kami juga mahu menjelaska­n bahawa, seperti semua pinjaman, bank akan mempertimb­angkan semua aspek untuk menentukan kemampuan pemohon membayar semula pinjaman semasa proses penilaian kredit mereka,” menurut persatuan itu dalam kenyataan kelmarin.

ABM berkata, antara perkara lain, bank akan mengambil kira rekod prestasi pembayaran semula oleh pemohon, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman tersebut.

“Beberapa sebab utama permohonan pinjaman itu ditolak termasuk sejarah kegagalan kredit atau rekod prestasi yang negatif, ketidakcuk­upan bukti pendapatan, kemampuan bayaran tidak menentu dan pendapatan boleh guna bersih yang rendah,” menurut ABM.

Persatuan itu berkata, bank-bank komersial di Malaysia masih menyokong sektor automotif seperti yang ditunjukka­n oleh kadar kelulusan yang tinggi, dan pinjaman kenderaan akan terus diberikan kepada peminjam yang layak. — Bernama SIBU: Jimisar Autotrade Sdn Bhd, pengedar sah kenderaan Mitsubishi di Sibu semalam melancarka­n Mitsubishi Outlander SUV 2.0L.

Pengurus Jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd, Sim Hock Sim berkata, Mitsubishi Outlander SUV diperkenal­kan dengan versi pemasangan tempatan bagi SUV tujuh tempat duduk.

“Bagaimanap­un ia ditawarkan dengan enjin 2.0 liter MIVEC, selain masih mengekalka­n varian Outlander 2.4L versi CBU (model import sepenuhnya),” jelasnya.

Sim berkata, Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHS MIVEC bersama hamburan kuasa 145 PS dan 196 NM serta dipadakan bersama transmisi INVECSIII CVT.

“Outlander 2.0L ini juga didatangka­n dengan sistem 4WD pintar sebagai stand- ard.

“Ia juga memiliki sistem Multi-Select 4WD dengan tiga pilihan mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock, yang sesuai untuk semua keadaan jalan dan laluan termasuk off-road,” ujarnya.

Menurut Sim, antara daya penarik bagi Outlander 2.0L 4WD ialah ia hadir dengan senarai elemen keselamata­n asas yang boleh dikatakan agak lengkap, termasukla­h tujuh beg udara, ABD dengan EBD, Bantuan Brek, Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX.

“Malahan SUV ini juga dibina dengan struktur badan Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang boleh dianggap tegar,” katanya.

Selain itu, Sim berkata, ia juga didatangka­n dengan Rest Reminder, di mana ia mengingatk­an pemandu untuk rehat sekiranya keletihan.

“Bukan itu sahaja, tidak lengkap rasanya sekiranya tidak disertakan dengan kamera undur, maka Outlander 2.0L juga ditampilka­n dengan elemen itu.

“Lain-lain elemen standard termasukla­h kemasukan tanpa kunci dengan butang push start, pendingin hawa dwi-zon, sistem infotainme­n bersama skrin sesentuh HD tujuh-inci dengan fungsi Apple CarPlay serta fungsi Air Gesture Control.

“Ia turut menerima perakam video digital (dashcam) dan lapisan filem solar/keselamata­n untuk semua cermin tingkapnya,” jelasnya.

Mitsubishi Outlander SUV 2.0L tampil dengan warna eksklusif iaitu Ruby Black, serta mengekalka­n warna Red Metallic dan Solar White dengan harga pengenalan RM141,205 sehingga hujung tahun ini dan didatangka­n dengan waranti pengeluar standard lima-tahun dengan perbatuan tanpa terhad.

Untuk melihat lebih dekat Mitsubishi Outlander SUV 2.0L, orang ramai diperlawa datang ke bilik pameran Jimisar Autotrade Sdn Bhd di Lot 2475, Persiaran Brooke atau menghubung­i Sim Hock Sim di talian 019-8760327 atau 084-312779.

 ??  ?? MITSUBISHI OUTLANDER: Sim (dua kiri) bersama wakil jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd pada pelancaran Mitsubishi Outlander SUV 2.0L di bilik pameran di Persiaran Brooke.
MITSUBISHI OUTLANDER: Sim (dua kiri) bersama wakil jualan Jimisar Autotrade Sdn Bhd pada pelancaran Mitsubishi Outlander SUV 2.0L di bilik pameran di Persiaran Brooke.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia