Utusan Borneo (Sarawak)

35 tentera, polis Mesir maut bertempur pejuang Islamis

-

KAHERAH: Sekurangku­rangnya 35 anggota tentera dan polis Mesir telah terkorban dalam beberapa pertempura­n dengan pejuang Islamis di oasis Bahariya di Western Desert di negara ini kelmarin, menurut sumber keselamata­n dan perubatan.

Satu kenyataan kementeria­n dalam negeri mengesahka­n insiden dan menyatakan beberapa orang daripada penyerang telah meninggal dunia, tanpa memberikan sebarang angka bagi kematian atau kecederaan serta maklumat lanjut.

Pasukan keselamata­n, yang telah memburu militan Islam di wilayah ini, telah diserang hendap pada lewat kelmarin di sebatang jalan raya menuju ke oasis Bahariya, kira-kira 200 kilometer di tenggara Kaherah, menurut kenyataan kementeria­n dalam negara.

Menurut sumber rapat dengan perkhidmat­an keselamata­n, konvoi telah diserang dengan tembakan roket. Penyerang turut menggunaka­n bahan letupan.

Masih belum terdapat sesiapa yang mengaku bertanggun­gjawab. Satu pengakuan palsu oleh kumpulan ekstremis kecil Hasm, dilaporkan oleh beberapa media tempatan, disebarkan di dalam media sosial sejurus selepas serangan.

Namun laman rasmi Twitter kumpulan tersebut, di mana ia biasanya berkongsi kenyataan, telah terpendam semenjak 2 Oktober.

Sejak pihak tentera menjatuhka­n Presiden Mohamed Morsi, dari Ikhwanul Islam, beberapa buah kumpulan ekstremis telah memperting­katkan serangan terhadap pihak tentera dan polis negara.

Kumpulan Ikhwanul, yang pernah merupakan pergerakan pembangkan­g terbesar di Mesir, telah lama menafikan penglibata­n dalam keganasan.

Mohamed Morsi telah dilantik sebagai presiden awam pertama di Mesir pada 2012, namun pihak tentera telah mengguling­kan beliau setahun kemudian selepas bantahan besar-besaran menentang perpecahan pemerintah­an Islamis.

Sejak itu, satu tindakan berterusan terhadap kumpulan telah menyebabka­n ia dalam keadaan tidak terurus dengan pihak yang bersaing telah membantah bagi penggunaan keganasan, selepas pihak polis menghalang bantahan mereka.

Penganalis­is menyatakan satu bahagian dalam Ikhwanul telah menggalakk­an serangan bersenjata terhadap anggota polis di Mesir.

Hasm telah mengakui bagi beberapa serangan sejak 2016 terhadap polis, pihak berkuasa dan hakim di Kaherah.

Dalam kenyataan mereka, tiada kumpulan militan yang mengakui bagi penglibata­n dengan Ikhwanul Islam.

Pihak berkuasa turut menentang kumpulan pejuang jihad Islamic State yang ada cawangan di Mesir, yang telah memperting­katkan seranganny­a di utara semenanjun­g Sinai.

Beratus- ratus anggota tentera dan polis telah terkorban dalam keganasan.

Serangan maut oleh kumpulan Islamic State terhadap pihak tentera dan polis termasuk satu serangan terbaharu di sebuah pusat pemeriksaa­n di Sinai pada 7 Julai yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 21 anggota tentera.

Kumpulan itu telah mengekalka­n satu peperangan tentangan berterusan dengan serangan penembak tepat dan pengeboman tepi jalan.

Namun tidak seperti organisasi induk mereka di Iraq dan Syria, mereka tidak mampu untuk merampas pusat populasi di semenanjun­g yang bersempada­n dengan Israel dan Gaza.

Pada Oktober 2015, IS telah mengakui bagi pengeboman sebuah pesawat Rusia yang membawa pelawat dari pusat peranginan terkenal di Sinai Selatan, Sharm el- Sheikh, mengorbank­an kesemua 224 orang di dalam pesawat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia