Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat, angin kencang dijangka membadai Jepun

Taufan Lan dikelaskan ribut Kategori 4 terkuat

-

TOKYO: Hujan lebat dan angin yang sangat kuat telah dijangka akan membadai beberapa kawasan besar di Jepun pada hari ini ketika satu taufan kuat bergerak menuju ke pantai, kemungkina­n menghalang kehadiran pengundi bagi satu pilihan raya nasional.

Taufan Lan telah dikelaskan sebagai ribut Kategori 4 yang kuat semalam, dengan angin sekuat 250 km/h (156 mph), menurut laman sesa- wang Tropical Storm Risk.

Pada waktu tengah hari, ia adalah di selatan Pulau Borodino Selatan, timur Okinawa, dan bergerak ke timur laut dengan kelajuan 15 kph, menurut Agensi Meteorolog­i Jepun.

Ia telah dijangka akan semakin lemah hingga menjadi taufan Kategori 1 ketika ia menghampir­i kawasan metropolit­an Tokyo pada pagi Isnin, menurut Tropical Storm Risk.

Pihak berkuasa di wilayah Okinawa dan Hyogo telah keluar mengundi sehari sebelumnya bagi beberapa pulau terpencil ketika ribut itu menghampir­i, kata pihak media.

Semalam merupakan hari terakhir untuk berkempen bagi kerusi dewan rendah di dalam parlimen, dan keadaan cuaca buruk boleh menghalang beberapa pengundi.

Pakatan yang diketuai oleh Parti Demokratik Liberal ( LDP) pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe berada dalam landasan bagi menyamai dua pertiga “undi majoriti penuh” yang dimilikiny­a dalam dewan rendah parlimen sebelum dibubarkan, dibantu oleh perpecahan dalam kem pembangkan­g dan kemelut mengenai program nuklear dan misil oleh Korea Utara, menurut pihak peramal media. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia