Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki berpisau bunuh seorang wanita, 9 cedera

-

WARSAW: Seorang lelaki Poland berusia 27 tahun kelmarin telah menetak seorang wanita hingga mati dan mencederak­an sembilan orang lagi di sebuah pusat beli- belah sibuk di bandar selatan Stalowa Wola.

Serangan, yang menurut pihak polis sebagai tidak kelihatan seperti berkaitan dengan keganasan, berlaku pada sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan sebelum beberapa pelanggan menahan penyerang berpisau tersebut, dan menyerahka­n dia kepada pihak berkuasa.

“Lelaki itu bertindak secara tidak rasional, menikam orang di bahagian belakang. Salah seorang dari wanita yang tercedera telah meninggal dunia. Sembilan orang lagi yang tercedera telah dimasukkan ke hospital,” menurut pihak polis dalam satu kenyataan.

Pihak polis menyatakan lelaki itu, hanya dikenali sebagai Konrad K., tidak memiliki rekod jenayah, sebagai tidak mabuk, dan sedang diperiksa bagi dadah.

“Buat masa sekarang, kami hanya boleh menyatakan bahawa serangan ini tidak mempunyai sebarang motif melibatkan pengganas atau ideologi,” ketua polis wilayah Krzysztof Pobuta menyatakan, dipetik oleh agensi berita Poland PAP.

Pobuta menyatakan beliau mempercaya­i penyerang sebagai mengalami masalah kemurungan.

Serangan sebegini adalah sangat jarang berlaku di Poland, sebuah negara EU yang mempunyai seramai 38 juta penduduk, yang setakat ini terselamat dari serangan berkaitan dengan keganasan yang dialami di tempat lain dalam kumpulan negara sejak beberapa tahun ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia