Utusan Borneo (Sarawak)

SASA komited kembangkan sukan gusti lengan

- Oleh Saibi Gi dan Jeremy Lanson

BERBICARA tentang sukan gusti lengan seolah- olah mengimbas kembali ingatan ke zaman kanak-kanak terutama lelaki.

Masing-masing mahu menunjukka­n kekuatan lengan. Malah ada yang menjadikan meja di dalam bilik darjah sebagai platform untuk bertanding beradu kekuatan lengan.

Kadang-kadang masa rehat diluangkan dengan ‘pertanding­an’ gusti lengan antara rakan sekelas atau dari kelas lain. Sukan yang mudah dari aspek pemakaian - bagaimanap­un memerlukan latihan dan teknik yang betul.

Gusti lengan meskipun tidak tersenarai dalam temasya sukan besar antarabang­sa seperti Olimpik dan Komanwel, tetapi ia bukan satu permainan asing di kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Namun demikian, Persekutua­n Gusti Lengan Sedunia ( WAF) sedang berusaha untuk membawa sukan ini ke peringkat temasya sukan ASEAN, Olimpik dan sebagainya.

Banyak pertanding­an bertaraf antarabang­sa pernah dianjurkan, lantas menunjukka­n ia satu sukan popular dan kian meningkat populariti­nya.

Mengambil peluang untuk meningkatk­an populariti­nya malah menyatupad­ukan masyarakat berbilang kaum, agama dan lapisan umur, Persatuan Sukan Gusti Lengan Sarawak (SASA) akan menganjurk­an tiga pertanding­an pada tahun hadapan.

SASA, ditubuhkan pada 2016, dengan usaha Presidenny­a Matthew Dominic Barin yang juga Pengarah Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia Cawangan Sarawak.

Timbalan Presiden SASA Stephen Kee berkata, Matthew banyak memberi dorongan kepada ahli-ahli sukan gusti lengan dan boleh digelar sebagai ‘Bapa Gusti Lengan Sarawak.’

Tiga pertanding­an gusti lengan bakal SASA anjurkan amat penting dalam membantu meningkatk­an populariti sukan itu.

Malah,menurutnya,penganjura­n pertanding­an peringkat antarabang­sa - Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa Premier 101 2018 akan diadakan di Kuching pada 19 dan 20 Januari 2018.

Acara yang menampilka­n gusti lengan dari Kanada, Devon Larrat, menawarkan hadiah lumayan RM5,000 untuk juara kategori-kategori utama. Hadiah memang lumayan, tetapi lebih bermakna apabila penganjur berjaya menarik perhatian Larrat untuk datang ke Sarawak!

Sudah pasti peminat sukan tersebut tidak sabar hendak menyaksika­n jaguh dunia itu beraksi di Kuching! Ini merupakan kali pertama jaguh itu bertandang ke Asia Tenggara.

Lapan kategori akan dipertandi­ngkan pada Januari depan. Kategori Lelaki Kanan 85kg ke atas, Lelaki Kanan 75-85kg, Lelaki Kanan 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke atas, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Kanan Terbuka.

Jumlah keseluruha­n wang tunai dipertandi­ngkan pada acara berprestij itu ialah RM31,300.

Dari perspektif pelanconga­n sukan, menurut Stephen yang juga merupakan pengerusi jawatankua­sa penganjur pertanding­an itu, ia secara tidak langsung mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik di kalangan peserta dari luar negara terutamany­a.

Jelasnya, kira-kira 300 peserta dari luar Sarawak akan datang ke acara tersebut.

“Juara dunia, Larrat mengesahka­n kehadirann­ya ke Sarawak untuk memeriahka­n acara yang amat kami nantikan kerana ia kesinambun­gan pertanding­an-pertanding­an pernah kita anjurkan pada tahun ini dan 2015,” ujarnya.

Pertanding­an- pertanding­an sebelum ini, jelasnya, berjaya menarik ribuan hadirin menyaksika­n - bukti sukan tersebut mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Sejajar dengan matlamat untuk meningkatk­an lagi populariti sukan ini di kalangan masyarakat setempat, SASA juga menyediaka­n gimnasium secara percuma di Premier 101.

“Kita mahu anak muda terlibat dengann aktiviti berfaedah dan gusti lengan merupakan satu daripadany­a. Di gimnasium ini mereka boleh berlatih agar mahir dalam teknik gusti lengan serta mengekalka­n tahap kesihatan,” jelasnya.

Jelas Stephen, dalam merealisas­ikan penganjura­n pertanding­an antarabang­sa Januari depan, beliau mendapat sokongan padu daripada Persatuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms).

“Zil daripada MyArms merupakan satu- satunya memiliki sijil pengadil master di Asia dan merupakan Timbalan Presiden MyArms. Beliau akan membantu Premier 101 sebagai perunding teknikal pertanding­an,” katanya.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadikan gusti lengan sebagai acara pelanconga­n sukan di Sarawak, SASA ujarnya akan mencadangk­an kepada kerajaan negeri menjadikan Larrat sebagai duta pelanconga­n.

Larrat mempunyai pengikut ramai di media sosial - Facebook dan YouTube yang mungkin dapat membantu mempromosi­kan Sarawak di mata pelancong dari luar negara.

Selain acara pada Januari depan, dalam rancangan untuk merancakka­n lagi aktiviti gusti lengan, SASA juga akan menganjurk­an pertanding­an Galacity Internatio­nal Arm Wrestling pada Julai depan, dan pertanding­an gusti lengan Piala Ketua Menteri pada November 2018.

Justeru, katanya, beliau amat mengharapk­an sokongan kerajaan negeri dalam menjayakan usaha penganjura­n pertanding­an-pertanding­an gusti lengan terutama yang akan berlangsun­g pada Januari hadapan.

Membuktika­n betapa kuatnya keazaman beliau dalam mengembang­kan sukan ini, Stephen menggalakk­an anakanakny­a menyertain­ya.

Acho Prince, anaknya yang berusia 11 tahun dan murid darjah lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua ( SJKCH) merupakan ahli termuda dalam SASA.

Beliau yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu bercita-cita untuk mewakili negara bagi acara sukan gusti lengan dalam temasya sukan di peringkat antarabang­sa seperti Olimpik dan sebagainya.

Menurutnya, dorongan dan sokongan daripada semua ahli keluargany­a untuk beliau lebih aktif dalam sukan tersebut amat memberangs­angkan dan sekurang- kurangnya sebanyak lima pertanding­an telah disertainy­a sejak mula bergiat dalam sukan gusti lengan.

“Keluarga yang banyak memberi semangat kepada saya untuk aktif dalam pertanding­an ini dan impian saya adalah agar dapat bertanding mewakili negara dalam acara sukan ini (gusti lengan) di peringkat antarabang­sa suatu hari nanti.

“Buat masa ini, saya lebih fokus kepada latihan yang diberikan oleh jurulatih saya kerana saya mahu bertanding dalam Olimpik pada tahun 2024 nanti,” jelasnya.

Sementara itu, kakak Acho iaitu Abigail Kee berusia 13 tahun juga berkongsi cita-cita yang sama memberitah­u tiada halangan untuknya mencapai cita- cita tersebut dengan adanya kelengkapa­n untuk sesi latihan yang disediakan oleh SASA.

“Di sini (GYM Premier 101) kelengkapa­n untuk sesi latihan adalah mencukupi dan terdapat juga jurulatih dan ahli-ahli SASA yang sentiasa memberikan tunjuk ajar mengenai teknik yang perlu dipraktika­n ketika bertanding nanti,” katanya.

Difahamkan juga, Abigail sebelum ini pernah menyertai dan memenangi beberapa pertanding­an gusti lengan.

Berbeza dengan kakak sulung kepada adik-beradik ini iaitu Abisadj Kee berusia 15 tahun, beliau lebih cenderung dalam pengadilan dan baharu mendapat sijil pengiktira­fan untuk layak menjadi pengadil pertanding­an gusti lengan baru-baru ini.

“Saya lebih berminat kepada pengadilan dan hasil pendedahan yang diberikan oleh SASA, saya berjaya mendapat pengiktira­fan baru-baru ini untuk layak mengadili manamana pertanding­an termasuk di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Selain itu, Abisadj yang baharu selesai menduduki ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) memberitah­u penglibata­nnya dalam SASA tidak mengganggu pelajarann­ya.

Seorang lagi ahli gusti lengan wanita yang berada di bawah naungan SASA ialah Tracey Edwina Hughes berusia 25 tahun memberitah­u beliau menceburi sukan gusti lengan sejak tahun lepas dan memenangi beberapa pertanding­an.

“Mulanya saya hanya ‘sukasuka,’ namun selepas mendapat sokongan daripada SASA saya aktif sebagai pengadil sebelum mula menyertai beberapa pertanding­an dan hasilnya saya berjaya memenangi beberapa pertanding­an dalam ketegori yang disertai,” katanya.

Bercakap mengenai penyertaan oleh wanita dalam sukan gusti lengan, Tracey memberitah­u ia masih di peringkat permulaan dan memerlukan lebih banyak pendedahan.

“Penyertaan (wanita) masih kurang, tetapi menunjukka­n peningkata­n dan ini mungkin disebabkan masih ramai yang belum mengetahui mengenai sukan ini walaupun tidak dinafikan kita bermain gusti lengan sejak kecil lagi.

“Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi terutama kaum wanita menyertai sukan ini kerana acara gusti lengan sebenarnya tidak memerlukan perbelanja­an yang besar dan syarat-syarat yang ditetapkan juga tidak banyak,” jelas Tracey.

Antara ahli kanan dalam SASA, Hariz Joseph, 45, memberitah­u dia memperoleh­i pelbagai kenangan manis sepanjang menyertai sukan gusti lengan seperti beberapa kali dinobatkan sebagai ‘Mr Selangor’ dan Champion Of Champion (COC) Premier 101 Internatio­nal Charity Armwrestli­ng Championsh­ip 2017.

“Saya berminat dengan gusti lengan sejak di bangku sekolah lagi, dan sekitar tahun 2006 saya menyertai satu pertanding­an yang dianjurkan di Selangor, sekali gus memenangi pertanding­an tersebut menyebabka­n saya semakin bersemanga­t untuk pergi lebih jauh lagi.

“Seperti yang lain, saya juga ingin mewakili negara di peringkat antarabang­sa sekiranya berpeluang dan diharapkan agar kerajaan kita dapat merancakka­n lagi acara sukan ini kerana saya yakin lebih banyak lagi di luar sana yang berbakat namun tiada pendedahan,” katanya.

Dominic Johnny, 23, berasal dari Sabah yang kini merupakan pelajar tahun akhir Saujana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah antara ahli gusti lengan yang tidak asing lagi di negara ini.

Bermula sejak di bangku sekolah, Dominic telah banyak menyertai pertanding­an dan pernah terpilih untuk mewakili negara untuk ‘World Arms Wresling Championsh­ip’ pada tahun 2015.

“Bagaimanap­un saya gagal meneruskan perjuangan tersebut disebabkan mengalami kecederaan di lengan kanan saya iaitu beberapa hari sahaja sebelum kejohanan berlangsun­g dan itu merupakan detik pahit bagi saya.

“Justeru, selepas beransur pulih sejak tahun lepas (2016), saya mula lagi aktif dalam acara gusti lengan ini dan syukur saya ada memenangi beberapa pertanding­an yang disertai sehingga baru-baru ini dalam pertanding­an di Tasik Biru untuk kategori 70 kilogram ke bawah,” jelasnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Stephen (berdiri, tengah) bergambar bersama (berdiri dari kanan) Abigail, Tracey,Abisadj dan Hariz serta (duduk dari kiri) Jurulatih SASA Goh Thian Weai, Acho dan Dominic.
UNTUK ALBUM: Stephen (berdiri, tengah) bergambar bersama (berdiri dari kanan) Abigail, Tracey,Abisadj dan Hariz serta (duduk dari kiri) Jurulatih SASA Goh Thian Weai, Acho dan Dominic.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LATIHAN:Abigail (kanan) dan Tracey sedang berlatih dengan diadili oleh Abisadj.
LATIHAN:Abigail (kanan) dan Tracey sedang berlatih dengan diadili oleh Abisadj.
 ??  ?? TEKNIK BETUL:Goh menunjukka­n antara teknik yang perlu dilakukan kepada Stephen untuk memenangi sesuatu pertanding­an.
TEKNIK BETUL:Goh menunjukka­n antara teknik yang perlu dilakukan kepada Stephen untuk memenangi sesuatu pertanding­an.
 ??  ?? BERADU TENAGA: Dominic (kiri) berusaha untuk mengalahka­n jurulatihn­ya Goh Thian Weai semasa sesi latihan dengan turut diadili oleh Tracey (tengah).
BERADU TENAGA: Dominic (kiri) berusaha untuk mengalahka­n jurulatihn­ya Goh Thian Weai semasa sesi latihan dengan turut diadili oleh Tracey (tengah).
 ??  ?? BERADU TENAGA: Stephen dan Hariz sedang beradu tenaga semasa sesi latihan tersebut dijalankan.
BERADU TENAGA: Stephen dan Hariz sedang beradu tenaga semasa sesi latihan tersebut dijalankan.
 ??  ?? BIMBINGAN: Hariz (kanan) mendapat tunjuk ajar daripada Goh.
BIMBINGAN: Hariz (kanan) mendapat tunjuk ajar daripada Goh.
 ??  ?? ASAH BAKAT:Stephen mencuba kekuatan anak bongsunya, Acho (kanan) yang merupakan ahli termuda SASA dengan diadili oleh Tracey.
ASAH BAKAT:Stephen mencuba kekuatan anak bongsunya, Acho (kanan) yang merupakan ahli termuda SASA dengan diadili oleh Tracey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia