Utusan Borneo (Sarawak)

Angin kencang, hujan lebat sebabkan tanah runtuh, banjir

-

KOTA KINABALU: Angin kencang dan hujan lebat membadai Sabah seharian pada Jumaat, menyebabka­n beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah terjejas dengan kejadian tanah runtuh, banjir dan pokok tumbang.

Antara kawasan terjejas termasuk sekitar bandar raya, Papar, Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kuala Penyu, Ranau, Sipitang, Kota Marudu, dan Tenom.

Bagi kawasan Telipok, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 12 rumah mengalami kerosakan dalam kejadian tanah runtuh.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.52 tengah hari pada Jumaat.

“Siasatan awal kejadian di lokasi mendapati kesemua 12 rumah yang musnah membabitka­n keluasan satu ekar di Skim Penempatan Telipok.

“Anggota yang tiba di lokasi kemudian menjalanka­n pemeriksaa­n di sekitar lokasi bersama pasukan keselamata­n lain,” katanya.

Sementara itu, 30 mangsa daripadala­pankeluarg­adihantar ke pusat pemindahan sementara berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Kolam Damai Minintod, Penampang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Penampang Leftenan (PA) Sulaiman Salama berkata kesemua mangsa termasuk 20 orang dewasa dan 11 kanakkanak dipindahka­n ke Lembaga Sukan Penampang kira-kira jam 9.50 pagi Jumaat.

“Sebaik dimaklumka­n Pegawai Daerah Penampang Lovita Koisun mengenai kejadian, beberapa ahli digegaskan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan.

“Anggota di lokasi turut membantu memindahka­n mangsa terjejas ke pemindahan sementara yang sudah dibuka menggunaka­n jentera Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Dalam pada itu, mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 453 orang daripada 170 keluarga setakat pagi Jumaat.

Kesemuaman­gsadipinda­hkan ke pusat pemindahan sementara di dua pusat pemindahan yang dibuka sejak Rabu.

APM Sabah merekodkan seramai 181 orang daripada 64 keluarga ditempatka­n di Dewan Menengah Agama Tun Said, manakala 272 orang daripada 106 keluarga di Dewan Masyarakat Tun Said.

 ??  ?? MUSIBAH: Keadaan tanah runtuh yang memusnahka­n 12 rumah di Skim Penempatan Telipok.
MUSIBAH: Keadaan tanah runtuh yang memusnahka­n 12 rumah di Skim Penempatan Telipok.
 ??  ?? SYUKUR SELAMAT: Penduduk kampung yang berada di dalam jentera APM untuk dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara.
SYUKUR SELAMAT: Penduduk kampung yang berada di dalam jentera APM untuk dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia