Utusan Borneo (Sarawak)

KK bandar raya pintar, dilengkapi WiFi terkini: KM

Pelancaran KK City WiFi beri kemudahan jalur lebar dan galak perkembang­an industri pelanconga­n

-

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu bakal menjadi bandar raya pertama di Malaysia sebagai bandar pintar dengan kelengkapa­n WiFi terkini, sekali gus menjadi pusat digital.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pelancaran KK City Wifi memberi kemudahan jalur lebar seterusnya menggalakk­an perkembang­an industri pelanconga­n dan ekonomi digital di Sabah.

“Saya berbangga dengan pelancaran ini dan difahamkan KK City WiFi menawarkan perkhidmat­an itu di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, dari pusat beli-belah Oceanus Waterfront sehingga ke Suria Sabah.

“Saya amat gembira melihat pelaksanaa­n projek ini kerana ia membantu kita maju selangkah ke hadapan dalam merealisas­ikan Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya ketika merasmikan pelancaran KK City WiFi di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata kemudahan WiFi di bandar raya Kota Kinabalu sudah pasti membantu memajukan produk pelanconga­n tempatan, sekali gus menaikkan imej bandar raya ini.

Katanya, ia juga dijadikan landasan bagi mewujudkan inisiatif awam pada masa akan datang dalam membangunk­an dan memantapka­n rangkaian digital e-kerajaan.

“Saya juga yakin, ia juga berupaya menarik lebih banyak pelaburan asing secara terus sekali gus menjadikan bandar raya ini mesra perniagaan, selesa untuk didiami dan dilawati.

“Saya juga percaya teknologi ini membolehka­n pengguna menyempurn­akan kerja di mana sahaja mereka berada dan pada bila- bila masa,” katanya.

Musa turut optimis bahawa KK City WiFi akan memperbaik­i seterusnya meningkatk­an cara masyarakat berkomunik­asi, bertukartu­kar maklumat, menjadi medium berguna dalam ekonomi digital yang baharu serta rangkaian sosial.

Katanya, pencapaian ini direalisas­ikan apabila Sabah mempunyai ramai menteri diperingka­t Persekutua­n yang lantang menyuaraka­n kekurangan dan keperluan rakyat negeri ini.

“Dengan cara berbincang, berunding di antara menterimen­teri ini dengan kerajaan negeri, inilah pencapaian kita untuk kebaikan rakyat.

“Kita diberikan mandat oleh rakyat, mereka mahu kita berbakti kepada mereka, dengan ada cara komunikasi ini kita boleh mencapai kata sepakat untuk memenuhi permintaan rakyat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? BANDAR RAYA PINTAR: Musa (tiga kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu, turut kelihatan ialah Masidi (dua kanan), Salleh (empat kiri) dan Yeo (tiga kiri).
BANDAR RAYA PINTAR: Musa (tiga kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu, turut kelihatan ialah Masidi (dua kanan), Salleh (empat kiri) dan Yeo (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia