Utusan Borneo (Sarawak)

Gelak tawa mendiang suami akan dirindui

-

KOTA KINABALU: Gelak tawa dan sifat peramah mendiang suami pasti akan dirindui oleh semua anggota keluarga, kata Clare James.

Isteri kepada anak bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Kadoh Agundong ini berasakan kemalangan yang meragut nyawa suaminya, Fernandes Kadoh, 33, memberi impak besar kepada dia dan anak-anaknya.

“Kedua- dua anak kami masih kecil dan belum faham dengan keadaan yang berlaku kepada ayah mereka. Ketika pengebumia­n dilakukan di Tenom, anak sulung saya yang berusia 10 tahun memberitah­u ayahnya sedang tidur.

“Hati saya begitu sayu apabila melihat anak-anak masih belum memahami keadaan yang menimpa ayah mereka,” katanya ketika ditemui semasa penyerahan Tuntutan Faedah Pengurusan Mayat di Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), di sini pada Jumaat.

Clare, 29, berkata, kali terakhir suaminya berhubung dengan dia adalah pada 13 Oktober lalu.

Mengimbau detik terakhir dia berkomunik­asi melalui telefon dengan mendiang, suara mendiang agak sayu ketika menghubung­inya pada 13 Oktober.

“Dia menghubung­i saya untuk bertanya jika barangan yang dikirim melalui pos sudah diterima atau belum. Saya meminta mendiang mengirim barang keperluan sebab saya kini menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi. Agak sukar untuk saya keluar membeli barang keperluan ketika menjalani latihan.

“Mendiang juga memberitah­u betapa dia dan anak-anak rindu dengan saya. Suaranya ketika itu sedikit sayu mungkin kerana terpaksa berjauhan dengan saya,” kata wanita yang berasal dari Kampung Nosoob Baru, Penampang ini.

Katanya, setelah dia dimaklumka­n berita kematian suaminya pada Isnin, dia terus menaiki penerbanga­n pulang ke Sabah pada hari yang sama.

Menurutnya, sebelum berita kematian itu disampaika­n, dia dipanggil ke bilik jurulatih ketika mereka sedang menjalani latihan kawad.

“Pada masa itu, saya in- gat saya dipanggil kerana membuat kesalahan. Namun, apabila dimaklumka­n bahawa suami saya meninggal akibat kemalangan jalan raya, dunia seakan-akan terhenti seketika.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambar­kan betapa sedihnya saya ketika itu. Tidak disangka perbualan melalui telefon empat hari sebelum itu adalah perbualan terakhir saya bersama mendiang,” jelasnya.

Beliau berkata, sewaktu kemalangan, suaminya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Mendiang suaminya bertugas sebagai tukang masak di Hotel Le Meridien.

Mendiang suaminya, Fernandes maut dalam kemalangan yang berlaku pada 16 Oktober berhampira­n lampu isyarat Lido.

Motosikal yang ditunggang mendiang difahamkan terpelanti­ng sejuah 12.4 meter akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

 ??  ?? SEMOGA TABAH: Clare bersama anak bongsunya yang berusia 3 tahun ketika ditemui di Pejabat PERKESO, di Kota Kinabalu pada Jumaat.
SEMOGA TABAH: Clare bersama anak bongsunya yang berusia 3 tahun ketika ditemui di Pejabat PERKESO, di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia