Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan benar anak tunggang motosikal tanpa lesen: Polis

-

BINTULU: Ibu bapa dinasihati untuk memantau pergerakan anak masing-masing dan tidak membenarka­n anak menunggang motosikal tanpa lesen bagi mencegah berlakunya kegiatan tidak diingini dan sebagainya.

Operasi bersepadu membantera­s samseng jalanan yang dijalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Bintulu pada lewat malam sehingga jam 2 pagi semalam di laluan jalan berdekatan Bintulu Paragon menemui seorang kanak- kanak bawah umur didapati terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah bersama beberapa remaja atau individu lain.

Sehubungan itu, beberapa individu menunggang motosikal difahamkan berlumba di kawasan berkenaan telah ditahan dan diperiksa, seterusnya telah diarah menolak motosikal mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut atas beberapa kesalahan.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, operasi berkenaan dijalankan di kawasan laluan Jalan Bintulu Paragon bagi membantera­s samseng jalanan, telah memeriksa 36 motosikal dan dua kenderaan.

“Sejumlah 60 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan, manakala 11 motosikal disita kerana penunggang­nya tiada lesen memandu,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 63 individu telah diperiksa dan operasi pemeriksaa­n juga telah dijalankan polis ke atas premis hiburan dan hotel di sini untuk membantera­s kegiatan jenayah dan sebagainya.

“Hasil operasi itu, dua warga asing dan seorang warga tempatan telah ditangkap serta disiasat di bawah kesalahan jenayah,” tambahnya.

 ??  ?? DIDIK: Seorang kanakkanak diarah membaca undang-undang mengenai beberapa kesalahan semasa operasi membantera­s samseng jalanan di Jalan Bintulu Paragon awal pagi semalam.
DIDIK: Seorang kanakkanak diarah membaca undang-undang mengenai beberapa kesalahan semasa operasi membantera­s samseng jalanan di Jalan Bintulu Paragon awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia