Utusan Borneo (Sarawak)

TYT, isteri meraikan Deepavali bersama komuniti India

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib meraikan sambutan Hari Deepavali bersama lebih 100 komuniti India di sini semalam.

Tun Taib dan Toh Puan Ragab meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Diwali dihoskan oleh seorang ahli perniagaan, Shankar Ram Asnani dan isteri Karishma Shankar yang diadakan di Restoran King’s Curry.

Pada majlis itu Tun Taib dan isteri dihidang masakan diraja India sambil dihiburkan dengan dendangan lagu Bollywood serta P.Ramlee.

Shankar dalam ucapan aluannya berkata pengliba- tan komuniti India dalam pembanguna­n perdaganga­n, perniagaan, pendidikan, perladanga­n dan banyak lagi di Sarawak berlaku sejak era pentadbira­n Brooke dari 1841 hingga 1946.

“Selepas membaca sebuah buku dilancarka­n oleh Kapitan Lucy Linggam dan mendengar ucapan Yang di-Pertua Negeri mengenai India Sarawak pada satu majlis di Astana Negeri 16 Oktober lepas, saya membuat sedikit penyelidik­an mengenai sejarah India Sarawak dan Rajah Putih.

“Saya mendapati banyak penulisan menunjukka­n gelaran ‘Rajah’ sebenarnya merujuk kepada Sir James Brooke oleh Sultan Brunei Omar Ali Saifuddin dan Sarawak dike- nali sebagai Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

Namun menurutnya fakta lebih penting ialah Sarawak tidak pernah menjadi jajahan tetapi merupakan negeri yang dikawal dan dilindungi British sehingga selepas perang dunia kedua, baharulah ia dijajah sepenuhnya oleh British.

Beliau memberitah­u, Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak merupakan jawatan dicipta oleh Kerajaan British ketika penyerahan Sarawak daripada pentadbira­n Brooke pada 1946.

Tambahnya pelantikan itu dilakukan oleh Raja George VI kemudianny­a Ratu Elizabeth II sehingga pemerintah­an sendiri oleh Sarawak pada 22 Julai 1963 diikuti pembentu- kan Malaysia dengan Sarawak sebagai rakan kongsi.

“Daripada bahan- bahan yang saya baca, membawa kesimpulan bahawa Yang diPertua Negeri dan Toh Puan adalah ‘Rajah’ dan ‘Ranee’ Sarawak maka dengan penuh hormat, ada kaitan dengan India iaitu ‘Rajah’ dan ‘Ranee’ Sarawak,” katanya.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullan dan suami Datu Adi Badiozaman Tuah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini Abdul Jabbar, Kapitan Lucy Linggam dan Profesor Narayanan.

 ??  ?? MUHIBAH: Tun Taib dan Toh Puan Ragad merakam kenangan bersama tetamu jemputan Majlis Makan Tengah Hari Diwali 2017. Turut kelihatan (empat kiri) Shankar dan Karishma (tiga kanan).
MUHIBAH: Tun Taib dan Toh Puan Ragad merakam kenangan bersama tetamu jemputan Majlis Makan Tengah Hari Diwali 2017. Turut kelihatan (empat kiri) Shankar dan Karishma (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia