Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia lot kediaman terancang, teratur

Dilengkapi kemudahan prasarana bagi penduduk tidak memiliki rumah, berpendapa­tan rendah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Kerajaan menyediaka­n lot kediaman terancang dan teratur dengan kemudahan prasarana lengkap bagi penduduk tidak memiliki rumah dan berpendapa­tan rendah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan mewujudkan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) untuk pemohon-pemohon yang berjaya di negeri ini.

Beliau berkata SPS dilaksanak­an bertujuan memberi lot tambahan kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk membuat rumah.

“Tiada negara lain yang mempunyai skim SPK dan SPS seperti di Malaysia, yang bertujuan membantu rakyat yang berpendapa­tan rendah,” katanya pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Skim Pembesaran Kampung Air Terjun Lawas semalam.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Abdullah Julaihi, Penolong Pengarah (Survei) JTS Sarawak Roslan Putit, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan Penguasa JTS Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi.

Awang Tengah juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, skim berkenaan memberi peluang kepada penduduk mendapatka­n tempat kediaman selesa bagi keluarga

Tiada negara lain yang mempunyai skim SPK dan SPS seperti di Malaysia, yang bertujuan membantu rakyat yang berpendapa­tan rendah. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

tambahan.

Katanya kerajaan mengenakan kadar premium rendah dan tempoh yang berpatutan untuk membantu rakyat melalui skim tersebut.

Beliau mengingatk­an penduduk kampung agar tidak menjual tanah di bawah SPK dan SPS kerana ia tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti.

Selain itu beliau menasihati pemohon skim terbabit agar menjalanka­n kerja untuk membina rumah di lot yang diberi dalam tempoh tujuh tahun.

“Jika tidak melakukan kerja pembinaan rumah dalam tempoh tujuh tahun, kerajaan mempertimb­angkan ia ditarik balik.

“Ini kerana ada ramai lagi pemohon yang benar-benar memerlukan mahu mendapatka­n skim berkenaan,” katanya.

Sebanyak 47 lot disediakan di bawah SPK Air Terjun Lawas.

 ??  ?? PEMBESARAN KAMPUNG: Awang Tengah (kiri) bersama kenamaan lain ketika melancarka­n simbolik SPK Air Terjun Lawas semalam.
PEMBESARAN KAMPUNG: Awang Tengah (kiri) bersama kenamaan lain ketika melancarka­n simbolik SPK Air Terjun Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia