Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bakal bangun prasarana perkampung­an nelayan Awat-Awat

-

LAWAS: Kerajaan akan membangunk­an pelbagai prasarana asas di perkampung­an nelayan Awat-Awat di utara negeri ini sejajar dengan potensi perkampung­an yang kaya produk pelanconga­n menarik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara pembanguna­n dirancang dilaksana termasuk projek tebingan sungai Awat-Awat, projek menghubung­kan perkampung­an Awat-Awat dengan jambatan serta projek lain sejajar dengan potensi kampung itu daripada aspek pelanconga­n.

“Sumber ekonomi penduduk perkampung­an nelayan yang bergantung kepada hasil laut, juga perlu dipelbagai­kan kerana ia merupakan daya penarik utama kepada pengunjung luar yang datang ke perkampung­an kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan Kampung AwatAwat di sini semalam.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Sarawak Suriya Charles Buas, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, pengelola program Kaunselor Rosli Tuah dan Timbalan Pengerusi Hari Motor Awat-Awat (AAMD) Mohd Sarifurriz­al Ahmad.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, sektor pelanconga­n semakin berkembang di negeri ini.

Katanya projek inap desa yang dijalankan di Sarawak memberi pulangan pendapatan hampir RM5 juta.

“Selain inap desa, kita mempunyai banyak produk pelanconga­n budaya, penerokaan, keindahan dan kehijauan alam, Gunung Murud di Lawas dan aktiviti pelanconga­n lain,” katanya.

Menurutnya keindahan kampung tradisi Awat-Awat perlu dijaga kebersihan­nya sejajar dengan kedudukann­ya berhampira­n dengan laut.

Jelasnya penduduk setempat perlu mengambil peluang dengan mempelbaga­ikan produk pelanconga­n termasuk memperbany­akkan hasil dan masakan laut terutama ikan tahai untuk menarik kemasukan pengunjung luar.

Selain itu katanya. penduduk perlu lebih kreatif dan mendalami pelbagai kemahiran dengan menyertai kursus untuk memajukan potensi pelanconga­n di kawasan mereka.

Katanya pelbagai kaedah dan teknologi moden perlu diguna untuk mempromosi keunikan kampung tradisi tersebut.

Beliau mahu mereka mengekalka­n semangat perpaduan, bekerjasam­a dan semangat hidup bersama ketika susah atau senang.

“Inilah yang menjadi kekuatan dan perlu dipertahan­kan. Kestabilan ini akan memudahkan kerajaan merancang pelbagai projek pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan Kampung Awat- Awat, ia satu lagi aktiviti menarik yang berjaya menarik kemasukan pengunjung luar.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan terutama konvoi dan pameran motosikal anjuran Awat_awat Riders Club (AARC), bunyi ekzos motosikal besar, pertanding­an kereta, karaoke, layanglaya­ng, tarik kalat dan sebagainya.

 ??  ?? CURI TUMPUAN: Sarifurriz­al (barisan kedua, enam kiri), Awang Tengah, Morliah, Paulus bergambar bersama ahli AARC semalam.
CURI TUMPUAN: Sarifurriz­al (barisan kedua, enam kiri), Awang Tengah, Morliah, Paulus bergambar bersama ahli AARC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia