Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah serah bantuan baik pulih rumah kepada tiga penerima

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah baru-baru ini menyampaik­an bantuan baik pulih rumah kepada tiga penerima di Kampung Senau, Oya, Mukah.

Bantuan baik pulih rumah itu diberikan di bawah peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) Dalat.

Penerima pertama, Jalawati Mohamad, 34, menerima bantuan RM10,000 untuk membaik pulih dapur kediamanny­a yang sudah berusia 10 tahun dan masih belum menikmati bekalan elektrik.

Jalawati tinggal bersama suami yang bekerja sebagai nelayan dan mempunyai sembilan cahaya mata.

Difahamkan tiga daripada anak pasangan itu belajar di sekolah menengah dan lima lagi di sekolah rendah manakala seorang lagi anak mereka tinggal bersama keluarga lain.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut memberi sumbangan sama kepada Kornia Ahmad, 56, berjumlah RM8,000 bagi membaiki dinding serta atap rumahnya.

Ibu tunggal itu tinggal bersama seorang anaknya yang merupakan seorang pekerja ladang.

Fatimah seterusnya memberi sumbangan kepada Malik Mahadi, 48, sebanyak RM10,000 untuk membantuny­a membaiki dinding serta dapur rumahnya.

Bekerja sebagai nelayan, Malik terpaksa menyara empat anaknya dan seorang daripadany­a masih bersekolah.

Fatimah memberitah­u, kerja-kerja baik pulih rumah penerima bantuan berkenaan akan dilakukan secara bergotong-royong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia