Utusan Borneo (Sarawak)

Terima realiti politik baharu: Rayong

Parti komponen Barisan Nasional perlu menerima realiti bahawa ‘status quo’ untuk pengagihan kerusi sudah tidak lagi relevan sekarang

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menerima realiti politik baharu di mana ‘status quo’ untuk agihan kerusi sudah tidak lagi relevan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnical Rayong Ngipa berkata ini adalah mesej jelas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada taklimat kepada pemimpin BN di Kuala Lumpur baru –baru ini.

“Apa yang lebih penting adalah sama ada parti itu dapat memenangi kerusi atau tidak bagi BN.

“Kriteria untuk memilih calon sekarang adalah ke- bolehmenan­gan dan bukan hanya kerana parti itu pernah bertanding di kerusi berkenaan.

“Ini adalah realiti politik baharu yang tidak dapat dilihat atau diterima oleh segelintir parti dan parti komponen BN mesti bersedia untuk memberi laluan demi kepentinga­n BN,” katanya semalam.

Tambah Dr Rayong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, tindakan menuntut untuk bertanding walaupun akan kehilangan kerusi itu adalah politik yang mementingk­an diri.

Ahli politik seperti ini jelas mengutamak­an kepentinga­n parti mereka sendiri lebih

Apa yang lebih penting adalah sama ada parti itu dapat memenangi kerusi atau tidak bagi BN. Dr Johnical Rayong Ngipa Ketua Pemuda UPP

daripada kepentinga­n BN.

“Itu bukan semangat BN. Semangat BN yang tulen ialah bagi semua parti untuk memastikan kemenangan maksimum bagi BN,” tegas Dr Rayong.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Tan Sri Noh Omar berkata parti komponen BN diingatkan supaya tidak menghar- apkan ‘status quo’ dalam agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perkara ini katanya, adalah antara amanat yang disampaika­n oleh Perdana Menteri yang juga presiden UMNO dan pengerusi BN pada taklimat tersebut.

“Perdana Menteri mahu parti komponen bersikap toleransi dalam soal kuota kerusi dan menghentik­an amalan ‘status quo’ yang telah diamalkan pada pilihan raya lepas,” katanya.

 ??  ?? RAYONG
RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia