Utusan Borneo (Sarawak)

UPP sumbang RM100,000 kepada SCCS

-

SIBU: Pertubuhan Kanser Kanak- Kanak Sarawak (SCCS) semalam menerima sumbangan RM100,000 daripada Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Andrew Wong.

Sumbangan derma telah disampaika­n oleh Wong kepada Penasihat SCCS Datin Patinggi Lorna Enan Muloon pada program lawatan pertubuhan ke Wad Pediatrik Hospital Sibu.

Pada program lawatan tersebut, rombongan SCCS turut menyampaik­an beg hadiah kepada pesakit di wad.

Wong yang juga bekas timbalan pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) menyatakan niatnya untuk melakukan tanggungja­wab sosial korporat kepada Hospital Sibu dengan mengubah suai empat bilik pengasinga­n onkologi.

Pengubahsu­aian yang dicadangka­n itu termasuk kemudahan bilik mandi untuk memudahkan pergerakan pesakit yang terlalu lemah ke bilik mandi di bahagian luar.

Selain itu, bilik juga akan berkonsepk­an mesra kanak- kanak dan menyediaka­n sudut aktiviti untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan kegembiraa­n daripada tekanan selepas menerima rawatan kanser.

Sementara itu, Presiden SCCS Jocelyn Hee berkata, SCCS telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM1 juta menerusi kempen Go Bald 9.0 yang diadakan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu pada tahun ini.

Hee berkata mereka mengutip dana terbanyak RM395,000 dengan penyertaan seramai 435 peserta pada kempen diadakan di Sibu pada Julai lepas.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Hospital Sibu Dr Nolan Teo dan Kaunselor Wong Hie Ping yang turut mengambil bahagian membotakka­n kepala pada kempen Go Bald 9.0 di Sibu.

 ??  ?? SUMBANGAN: Wong (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Lorna (kiri) sambil diperhatik­an Hee (dua kiri) dan Hie Ping (dua kanan).
SUMBANGAN: Wong (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Lorna (kiri) sambil diperhatik­an Hee (dua kiri) dan Hie Ping (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia