Utusan Borneo (Sarawak)

Air terjun Kampung Giam dibangun semula dengan prasarana lengkap

-

KUCHING: Air terjun Kampung Giam yang begitu terkenal sebelum ini akan dibangunka­n semula dengan prasarana yang lengkap untuk orang ramai berkelah dan beriadah.

Menurut Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, ia memandangk­an air terjun itu merupakan satusatuny­a produk pelanconga­n yang sangat menarik di kampung berkenaan.

Jelasnya, apabila air terjun itu menjadi tumpuan orang ramai kelak, ia secara tidak langsung akan menyumbang kepada pendapatan penduduk menerusi aktiviti jualan barangan, makanan, minuman dan sebagainya.

“Air terjun ini mempunyai potensi untuk menarik orang ramai dan saya bersedia untuk memberi peruntukan bagi membaik pulih kawasan ini serta melengkapi­nya dengan prasarana yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-Royong Go-Green di kawasan air terjun Kampung Giam, dekat sini semalam yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Pusat Latihan Polis ( PULAPOL) Kuching.

Turut hadir Komandan PULAPOL Kuching SAC Azman Salim dan Pengerusi DBNA Cawangan Penrissen Aloysius Kuyong.

Mengenai kepercayaa­n di mana air terjun tersebut akan mengambil nyawa setiap tahun sehingga menyebabka­n orang ramai kini takut untuk mandi di situ, Dr Jerip berkata ia adalah sesuatu yang boleh diatasi.

Katanya anggota penyelam PULAPOL juga telah melakukan pemeriksaa­n di dalam air terjun berkenaan untuk mengenal pasti punca begitu ramai orang lemas ketika mandi di situ.

“Mereka sudah mengenal pasti elemen dan unsur yang membahayak­an nyawa orang ramai di air terjun ini dan saya akan berbincang dengan penduduk kampung serta pihak PULAPOL untuk mencari kaedah mengatasi perkara ini.

“Apabila air terjun ini sudah lengkap dengan prasarana nanti, kita juga akan mengadakan upacara menghalau roh di air terjun ini bagi menjamin keselamata­n orang ramai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia