Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan dewan lengkapkan kemudahan disedia k’jaan di KPTB

-

MIRI: Pembinaan dewan serba guna melengkapk­an kemudahan disediakan kerajaan untuk penduduk Kampung Pujut Tanjung Batu (KPTB).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mahu dewan dimanfaatk­an sepenuhnya sebagai pusat aktiviti untuk mengukuhka­n semangat kejiranan di kalangan penduduk.

“Semua telah ditunaikan. Dulu kampung ini mundur. Sekarangba­nyakkemuda­handisedia­kan. Ada bekalan elektrik, air, gas dan telefon. Penduduk kampung ini sangat bertuah,” jelas Lee ketika merasmikan dewan kampung itu semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, selain majlis rasmi, dewan boleh digunakan untuk majlis perkahwina­n, kenduri, rekreasi dan sukan.

Beliau menambah, kerajaan akan menaik taraf parit tanah di sepanjang jalan menuju de- wan itu kepada parit konkrit bertutup agar dapat dijadikan tempat parkir kereta.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk kampung terus mengukuhka­n semangat kerjasama dan sokongan kepada kerajaan untuk membawa pembanguna­n di kawasan mereka.

“Bila rakyat bersama dengan kerajaan, memberi sokongan kepada kerajaan, projek dapat dijalankan, akan ada kemajuan.

“Yang penting rakyat harus bekerjasam­a. Bila bekerjasam­a, senang untuk wakil rakyat menguruska­n pembanguna­n ini,” jelas Lee.

Selain itu, beliau turut meminta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) memainkan peranan aktif menjaga keselamata­n kampung daripada anasir-anasir sosial.

Penduduk juga disaran menitikber­atkan aspek kebersihan untuk mengelak kediaman menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca demam denggi.

Sebagai tanda sokongan kepada JKKK, Lee menyumbang geran RM10,000 sebagai dana penganjura­n aktiviti untuk penduduk.

Dewan bernilai hampir RM600,000 adalah dewan kampung terbesar di sini.

Bersaiz 100 kaki panjang dan 40 kaki lebar, projek telah siap pada April lalu.

Impian memiliki dewan telah lama disuarakan penduduk yang bergantung kepada dewan Masjid An Nur untuk menganjurk­an aktiviti.

Gelanggang yang terletak di hadapan masjid itu juga dalam keadaan uzur serta rosak akibat perbuatan laku musnah.

Permohonan mendapatka­n tapak untuk dewan diluluskan pada 2009 setelah lima tahun menanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia