Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib, Toh Puan Ragad saksi Konsert Ibu Pertiwiku 2017

-

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib hadir menyaksika­n Konsert Ibu Pertiwiku 2017 di Arena Gemilang DeTar Putra Universiti Malaysia Sarawak (UNMAS), di sini.

Konsert penuh gemilang itu diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke81 Yang di-Pertua Negeri serta sambutan 25 tahun UNIMAS.

Bersiaran secara langsung menerusi TV1 RTM, konsert itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri Da- tin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaa­n kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Negeri Sarawak terhadap kepimpinan dan jasa Tun Taib.

Ia merupakan usaha kolaborati­f pelbagai pihak dengan berkonsepk­an persembaha­n eksklusif yang menggabung­kan artis-artis baharu dan lama melalui tiga segmen khas iaitu tentang prapembang­unan Sarawak, kepesatan pembanguna­n Sarawak dan Sarawak sebagai sebuah negeri maju.

Antara barisan artis yang memeriahka­n konsert itu ialah Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Noraniza Idris dengan diiringi pemuzik orkestra daripada RTM Angkasapur­i dan kombo D’ Aspirasi daripada RTM Kuching.

Terdahulu, Tun Taib melakukan upacara memotong kek sempena meraikan ulang tahun beliau yang ke-81.

 ??  ?? HORMAT: Tun Taib bersama Ragad, Salleh, Abang Johari, Juma’ani, Uggah berdiri tegak bagi menghormat­i lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’ di Arena Gemilang DeTar Putra UNIMAS, Kota Samarahan.
HORMAT: Tun Taib bersama Ragad, Salleh, Abang Johari, Juma’ani, Uggah berdiri tegak bagi menghormat­i lagu ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’ di Arena Gemilang DeTar Putra UNIMAS, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia