Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli JCI perlu tumpu kemajuan ekonomi digital

Junior Chamber Internatio­nal mempunyai ahli profesiona­l dan kepakaran yang disumbangk­an, kata Lee

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Sarawak kini melangkah ke arah ekonomi digital dan ahli JCI juga boleh menyumbang idea kreatif yang dapat memantapka­n ekonomi digital dalam aplikasi secara atas talian.

MIRI: Ahli Junior Chamber Internatio­nal ( JCI) perlu memberi tumpuan ke arah kemajuan ekonomi digital dengan memanfaatk­an kepakaran yang ada pada diri masing-masing.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata JCI mempunyai ahli profesiona­l dan mempunyai kepakaran yang boleh disumbangk­an.

“Sarawak kini melangkah ke arah ekonomi digital dan ahli JCI juga boleh menyumbang idea kreatif yang dapat memantapka­n ekonomi digital dalam aplikasi secara atas talian,” katanya pada Malam Gala sempena Konvensyen Tahunan JCI Malaysia malam kelmarin.

Lee berkata sebagai con-

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

toh, China telah mengamalka­n ekonomi digital iaitu peniaga dan pembeli menggunaka­n aplikasi atas talian bagi tujuan jual beli.

“Pembeli tidak lagi membayar secara tunai tetapi memindahka­n amaun ke dalam akaun peniaga ketika membeli- belah dan perkara sebegini perlu diadaptasi di negeri ini,” katanya.

Beliau menyeru belia JCI bergerak seiring ke arah ekonomi digital dengan menyumbang idea baharu atau pakej yang dapat memberi manfaat kepada usaha memantapka­n ekonomi.

“Gajet seperti iPhone sudah mempunyai pelbagai versi dan generasi, sehubungan itu kita juga harus mengembang­kan idea atau cara untuk memperbany­akkan produk ekonomi,” jelasnya.

Lee juga melihat sendiri perkembang­an JCI yang mempunyai keahlian yang ramai dan aktif di kalangan belia serta turut menyum- bang kepada masyarakat majmuk.

“JCI banyak terlibat dalam projek- projek melibatkan komuniti serta disaran menyokong usaha- usaha kerajaan dalam mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah ekonomi digital,” jelasnya.

JCI membentuk generasi yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan seawal usia 18 hingga 40 tahun dan disertai belia pelbagai kaum seluruh Malaysia.

“Penting bagi JCI membantu kerajaan dalam segala aspek termasuk pendidikan, sukan, komuniti, pertukaran idea antarabang­sa dan sebagainya ke arah negara yang maju,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Penganjur JCI Lutong Tan Chin Jie, Pengarah Konvensyen JCI Malaysia Huang Hui Chen serta delegasi dari Taiwan, Singapura, Filipina, Eropah dan Malaysia.

 ??  ?? LANCAR: Kelihatan Lee (10 kiri) melakukan simbolik pelancaran filem pendek JCI Malaysia sambil disaksikan tenaga produksi filem pendek berkenaan malam kelmarin.
LANCAR: Kelihatan Lee (10 kiri) melakukan simbolik pelancaran filem pendek JCI Malaysia sambil disaksikan tenaga produksi filem pendek berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia